Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW ‘The 8’ – Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta
Roda4

BMW ‘The 8’ – Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW ‘The 8’ kini tiba di pasaran Malaysia sebagai ahli famili baharu dalam barisan model sport mewah jenama automobil dari Jerman itu. Diperkenalkan buat kali pertama pada 1989, coupe sport itu kali ini tampil dengan prestasi gah bersama inovasi dan kemewahan terbaik.

Ini ialah model BMW pertama dilengkapkan teknologi terotel drive-by-wire, Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Stereng Aktif Integral (IAS) dengan teknologi gandar belakang multilink. Selepas tiga dekad, BMW kini kembali menerusi BMW 8 Series yang mengangkat model ini ke penanda aras baharu untuk coupe sport mewah  era moden.

BACA >>> BMW 7 Series (2020) Debut dengan Gril Serba Baharu

SATU PILIHAN MODEL

Bagi pasaran Malaysia, ‘The 8’ tampil menerusi varian M850i xDrive Coupe pada harga RM1,088,800, dan akan berada di semua pusat pengedar BMW sah bermula 15 Mac ini (Jumaat). The 8 didatangkan dalam empat pilihan warna: Carbon Black (hitam), Black Sapphire (hitam), Sonic Speed Blue (biru), Barcelona Blue (biru), Sunset Orange (jingga) dan Mineral White (putih).

ENJIN 4.4L [530hp, 750Nm]

BMW M850i xDrive Coupe dipadankan enjin V8 baharu, bersesaran 4.4L pengecas turbo Twin-Scroll berkuasa 530hp @ 5,500-6,000rpm dan tork maksimum 750Nm @ 1,800-4,600rpm dengan hantaran kuasa ke semua roda disalurkan menerusi transmisi baharu Steptronic Sports 8-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 3.7 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj. Sistem pacuan semua roda  pintar (i-AWD) membolehkan BMW xDrive dipandu lebih efisien berbanding model terdahulu. Gabungan agihan tork variabel antara roda depan dan belakang mampu memaksimumkan cengkaman selain mengekalkan kestabilan jentera.

REKABENTUK MODEN, CIRI SPORT

Penampilan The 8 diserlahkan menerusi sentuhan gril buah pinggang @ kidney bentuk heksagon untuk fasia depan yang diapit lampu utama BMW Laserlight sebagai standard. Bahagian sisi didominasi garis badan tegas dengan corong udara (air breathers).

Bahagian belakang dipadankan garisan horizontal dan berpenjuru yang menyerlahkan bentuk badan lebih lebar dan pusat graviti kereta rendah. Rupa model ini kemudian diserikan dengan lampu belakang LED tirus yang dilarik hingga ke pintu but. Melengkapkan lagi imej sporty ialah rekabentuk paip ekzos kembar trapezoid di bawah bampar.

Model prestasi, BMW M boleh dikenal pasti dengan mudah melalui lencana eksklusif  ‘M’ dan sil pintu iluminasi yang memaparkan nama model. Ia juga didatangkan dengan lid tambahan di bawah bampar depan sebagai standard.

BACA >>> 7 Fakta Pantas – BMW X5 (2019) yang Serba Mewah dan Betul-Betul Lasak

The 8 turut dipasangkan brek M Sport 19-inci dengan kaliper M warna biru bersama rim aloi M 20-inci. Jika memilih warna badan jingga, pemilik akan ditawarkan rim hitam. Masih membawa ciri kereta konsep asli, The 8 menampilkan bentuk bumbung berombak yang berfungsi mengalirkan udara ke seksyen belakang ketika dipandu laju.

SUASANA KABIN MEWAH

Ambien mewah dan tenang dapat dilihat pada kabin menerusi susun atur papan pemuka yang direka kemas, sporty dan elegan. Selain kerusi dan stereng kulit ‘M’ dengan ciri multifungsi, pakej ‘M Sport’ boleh dilihat pada bumbung antrasit ‘BMW Individual’, pedal ‘M’ dan karpet kaki ‘M’ untuk pemandu.

Kerusi sport kulit Merino diberikan standard, dan tidak ketinggalan material kulit  pada panel pintu dan instrumen. Buat kali pertama juga, ventilasi aktif untuk kerusi ditawarkan pada The 8. Penyandar kerusi belakang boleh dilipat dalam konfigurasi 50:50 untuk ekstra kapasiti but hingga 420 liter.

Ciri BMW Live Cockpit Professional menampilkan paparan generasi terkini dan konsep kawalan kluster instrumen resolusi tinggi di sebalik stereng dengan skrin 12.3 inci, dan Kawalan Paparan 10.25 inci yang beroperasi menggunakan sistem pengurusan baharu, BMW Management System 7.0.

BACA >>> BMW X7 (2019) yang Sangat Amerika, Luas dan Besar Serba-Serbi

Komponen lain dalam BMW Live Cockpit Professional terdiri daripada sistem navigasi adaptif, sistem multimedia berasaskan pemacu keras dengan kapasiti memori 20GB, dua palam USB, fungsi Bluetooth dan sambungan WiFi.

INOVASI TINGKATKAN KESELAMATAN

The 8 dilengkapi ciri keselamatan aktif seperti:

  • Kawalan Jelajah dengan fungsi Henti-Mula
  • Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Amaran Masuk Lorong
  • Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki
  • Amaran Trafik Belakang dan Depan
  • Bantuan Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) dengan Perlindungan Rempuhan Sisi Aktif

Pemandu juga boleh menikmati keupayaan konektiviti menerusi kad SIM yang siap dimuatkan pada model ini dan jumlah data tidak terhad – pemilik boleh buat panggilan kecemasan pintar untuk mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan dan menerima kemas kini berkala untuk sistem navigasi.

Servis lain termasuk servis rencam (concierge service) dan servis pinggiran (remote services).

Juga buat kali pertama, The 8 dibekalkan Kunci Digital BMW yang menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC). Kini, operasi mengunci dan membuka kereta dapat dibuat menerusi telefon pintar. Dengan aplikasi mobil BMW Connected App, kunci digital itu boleh dikongsikan dengan lima pengguna pada masa sama.

BACA >>> BMW 3 Series (2019) Muncul di Paris dengan Imej Lebih Segar

PENGALAMAN PEMILIKAN PREMIUM

BMW turut menawarkan pengalaman pemilikan premium kepada pemilik The 8, iaitu:

  • Waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, dan program servis berjadual percuma.
  • Waranti tayar 2 tahun atau 24 bulan untuk tawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan jalanan dan talian hotline kemalangan BMW.
  • Aplikasi mudah alih, BMW Group Loyalty+ aka BMW White Card.
  • Servis dalam talian.
GALERI
Auto Terkini BMW BMW Group Malaysia BMW M850i xDrive Coupe BMW The 8 Kereta Sport Roda4 The 8
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    05/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.