Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 740Le xDrive Pure Excellence di Bilik Pameran Bermula 19 Julai, Harga RM594,800
Roda4

BMW 740Le xDrive Pure Excellence di Bilik Pameran Bermula 19 Julai, Harga RM594,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia memperkenalkan BMW 740Le xDrive menerusi varian ‘Pure Excellence’ yang dipasangkan secara pemasangan tempatan (CKD) bermula 19 Julai ini pada harga RM594,800 selepas diberikan diskaun EEV daripada harga asal RM907,145.

Model limosin ini dijana enjin 6-silinder sebaris 3.0L Turbo  berkuasa 113bhp @ 3,170rpm dan tork 265Nm @ 2,700rpm, manakala hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan Steptronic.

BACA >>> Genesis G70 – Mahu Saingi BMW 3 Series!

Paduan enjin dan motor membolehkan model 7 Series ini menjana kuasa setinggi 392hp dan tork 600Nm. Bateri litium-ion diletakkan di bawah kerusi belakang mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 46km menggunakan kuasa elektrik penuh dengan kelajuan maksimum 140kmj.

Atas kertas, pecutan 0-100kmj mampu dilakukan sepantas 5.3 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj. Penjimatan bahan api ialah 2.8 liter per 100km, dan pemandu boleh memilih 5 mod pemanduan mengikut kesesuaian memandu, iaitu: Sport, Adaptive, Hybrid, Electric dan Battery Control.

Apabila enjin dihidupkan, kereta akan berada dalam mod Hybrid dan Bateri Control yang membolehkan pemandu menetapkan tahap cas bateri tertentu untuk kegunaan kemudian. Keselesaan pengendalian diserahkan kepada suspensi double-wishbone di depan dan five link di belakang dengan sistem pelarasan udara sendiri.

BACA >>> BMW 7 Series (2020) Debut dengan Gril Serba Baharu

GRIL KIDNEY 40 PERATUS LEBIH BESAR

Penampilan 7 Series kali ini berbeza dengan gabungan gril ‘ginjal’ besar dan menegak bersaiz 95mm bersama lampu depan lebih langsing dan memanjang serta bercirikan cahaya laser. Apron depan tidak didatangkan dengan lampu kabus dan bahagian bawah memiliki ruang udara besar merentasi salur udara luar.

Bagi pasaran tempatan 745Le dilengkapi pakej M Sport dan lampu belakang hadir dengan visual 3D dan 35mm lebih nipis. Pengenalan ‘L’ untuk model ini merujuk kepada jarak antara roda panjang, 3,210 mm.

Ruang kabin menampilkan sistem Live Cockpit Professional, terdiri daripada dua paparan skrin, kluster instrumen 10.25-inci, dan unit infotainment 12.3 inci yang dikuasakan Sistem Operasi (OS) BMW 7.0.

BACA >>> Cadillac Escalade – SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

Selain itu ciri dalaman kabin lain membariskan kawalan penyaman udara empat zon, kemasan kulit, bumbung panorama Sky Lounge, BMW Display Key, 16 pembesar suara dengan sistem bunyi Harman Kardon 600 watt dan sistem hiburan penumpang belakang dengan dua skrin yang dioperasi menerusai tablet BMW Touch Command 7 inci.

Tidak ketinggalan, sedan mewah itu dilengkapkan sistem bantuan elak kemalangan, Evasion Aid System (EAS) yang mana stereng akan mengambil alih kawalan pemanduan jika berlaku situasi kecemasan. Juga ada sistem brek pintar, Crossroads Warning dengan City Brake Activation, Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng (SLCA), Bantuan Parkir dan Bantuan Undur.

GALERI
Auto Terkini BMW BMW 7 Series BMW 7 Series (2020) BMW 740Le xDrive BMW 740Le xDrive Pure Excellence BMW Malaysia limosin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.