Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 328 Roadster (1938) Pecah Rekod Kereta Klasik, Dibida Harga RM2.07j!
Roda4

BMW 328 Roadster (1938) Pecah Rekod Kereta Klasik, Dibida Harga RM2.07j!

Abang HirataBy Abang Hirata21/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI LUAR sana masih ada kereta yang berusia lebih setengah abad yang menghampiri usia 100 tahun. Walaupun sukar ditemui, tetapi masih boleh dijumpai jika benar-benar berhajat.

Misalnya, BMW 328 Roadster (1938) ini yang baru saja dijual Car & Classic Mei lalu dengan mencatatkan rekod bidaan tertinggi di platform jual beli atas talian kenderaan klasik terbesar Eropah itu. Berapa harganya?

Harganya €410,000 (RM2.07 juta) dalam saingan sengit membabitkan dua pembida. Kereta itu mengumpul 35 bidaan yang berselang-seli antara dua individu tersebt pada peringkat akhir.

Sebelum dinokhtahkan, bidaan unit itu bermula pada harga €25,000 (RM126,370) sahaja.

BMW 328 ‘Mille Miglia’ Roadster meraih kejuaraan Mille Miglia pada 1940.

Dari segi sejarah, BMW 328 terkenal sebagai jagoan litar lumba menerusi kejayaan dalam kejuaraan 24 Hours Le Mans 1939 dan Mille Miglia 1940. Pengeluaran BMW 328 ditamatkan pada 1940 yang khabarnya tidak sampai 200 unit masih wujud hari ini.

Pada zamannya, BMW 328 ialah kereta sport canggih dengan casis berongga (tubular) yang kuat dan rekabentuk garis arus (stream line). Satu lagi ciri menarik, enjin hanya bersesaran 2.0L!

Berdasarkan rekod, unit itu berada di Bohemia, Republik Czech sejak 1950, dimiliki Jaroslav Kastner hingga 1970 sebelum dijual kepada En Nikitova di Bratisvala.

Selepas beberapa dekad di Republik Czech, dan 16 tahun dalam koleksi kereta klasik, unit tersebut menjalani program baik pulih yang memakan masa lapan tahun!

Menariknya, sejak dibaik pulih, enjin  itu hanya bergerak sejauh 30km yang boleh dikatakan pemilik baharu kereta itu kelak dapat menikmati BMW 328 yang hampir dalam kondisi asal.

Kombinasi warna perak, dan dalaman coklat seperti kembali ke era 30-an. Seperkara menarik, gril ginjal lonjong ialah warisan yang kini dihidupkan semula pada model baharu BMW.

Jika tidak mahu disimpan, pemilik baharu boleh menguji prestasi kapsul masa itu pada acara Mille Miglia, Le Mans Classic, Goodwood Festival of Speed atau Tourist Trophy. Pada harga tidak sampai setengah juta euro dan dalam keadaan sebegini, angka itu boleh dikatakan berbaloi.

BACA >>> BMW Concept Touring Coupé (2023) Kereta Cantik yang Tiada Unit Kedua!
BACA >>> BMW Panoramic Vision – Teknologi HUD Dipapar Sepanjang Cermin Depan
BACA >>> Shelby GT500 Fastback (1967) Cari Pemilik Baharu, Anggaran Harga RM718k-RM884k!

BMW 328 “Mille Miglia” Roadster at the Grand Premio Brescia delle Mille Miglia , April 28, 1940 (03/2010)

 

BMW BMW 328 BMW 328 1938 BMW 328 Roadster (1938) Car & Classic kereta klasik Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Roda4

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

    23/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.