• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Shelby GT500 Fastback (1967) Cari Pemilik Baharu, Anggaran Harga RM718k-RM884k!

Shelby GT500 Fastback (1967) Cari Pemilik Baharu, Anggaran Harga RM718k-RM884k!

May 18, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD Mustang
memang model ikonik yang menjadi idaman ramai. Daripada Mustang, lahirlah beberapa model istimewa dengan prestasi dipertingkat dan mempunyai status tersendiri. Antaranya Mustang yang memegang nama Shelby.

Ini ialah Shelby GT500 Fastback (1967) yang ditawarkan H&H Classics pada sesi bidaan 26 April di Pavilion Gardens, Buxton, Britain pada harga anggaran sekitar £130,000 (RM718,620) hingga £160,000 (RM884,450)!

Kisah di sebalik unit berkenaan memang menarik. Shelby GT500 Fastback (1967) dengan nombor casis 01926 dibekalkan baharu Bedford Motors Corp dari Virginia kepada James W Gregg Jnr pada 26 September 1967.

Sebelum diubah suai Shelby, kereta ini terlebih dahulu disiapkan pada 5 April 1967 dengan warna asal Nightmist Blue Metallic dan dalaman Black Knitted Décor.

Fastback ini dibekalkan enjin 428 cu (7.0L) V8 Police Interceptor dengan transmisi manual 4-kelajuan, pakej penyejukan tambahan, stereng kuasa dan brek depan cakera kuasa (dengan booster).

Selepas Gregg Jnr, kereta itu berpindah tangan kepada beberapa pemilik sebelum diimport ke Britain daripada pengumpul Mustang, Steve Blackett pada Julai 1997. Istimewanya, GT500 ini dipaparkan dalam majalah Classic American edisi September 1998.

Dari situ kereta tersebut menarik perhatian bekas jurutera rekabentuk dan pembangunan Aston Martin, Alan Faulkener-Steven. Beliau juga pemilik syarikat Dragon Wheels Muscle Car Restorations.

Faulkener-Steven mendapatkan unit ini untuk seorang pelanggan dan kemudian menjalani kerja restorasi yang mengambil masa lebih tiga tahun dengan kos menelan belanja lebih £100,000 (RM563,780)!

Sesaran enjin asal dibesarkan dan dirombak rawat Knight Racing Services dan lampiran ujian dyno menunjukkan kuasa 437hp dan tork 711Nm. Kotak gear manual 4- elajuan Top Loader juga diperbaharui dan dipasang roda tenaga dan set klac McLeod.

Gandar belakang diperbaharui dan dipasang Ford Traction-Loc LSD dan syaf pacu (drive shaft) tempa.

Bukan setakat mekanikal, pendawaian baharu juga dipasang dan diubah suai supaya sepadan dengan lampu isyarat dan perkakasan lain mengikut spesifikasi Britain. Meter dan tali keledar pula dibaik pulih di Amerika Syarikat. Stereng juga dibaik pulih, manakala pelapik bumbung dan karpet diperbaharui dan dibalut semula.

Banyak lagi yang dibuat termasuk mendapatkan tanda tangan asal Shelby Caroll yang asli pada kotak papan pemuka. Satu lagi bab dalam buku sejarah GT500 adalah enjin dirombak rawat secara ringan JonPaul Motor Services Ltd pada November 2016 disebabkan tidak pernah 'run in'.

Walaupun menjalani baik pulih komprehensif, kereta ini sangat jarang digunakan. Selepas tamat tempoh sah MOT (pemeriksaan berkala Britain) pada 30 Jun 2018, kereta ini banyak disimpan dalam garaj.

Kereta ini juga memerlukan bateri baharu dan disarankan menjalani pemeriksaan sebelum berada semula atas jalan raya. Semua itu perkara biasa kerana nilai yang dimiliki jauh lebih berbaloi!

BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!
BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kereta, Ford, Ford Mustang, H&H Classics, Roda4, Shelby, Shelby GT500, Shelby GT500 Fastback

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
  • Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga
    Durian 'RM600' Jatuh Tepat Atas Proton Saga

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my