Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bising Sangat Main Gim Masa PKP, Lelaki Kena Tetak Jiran Polis Pencen
Auto Terkini

Bising Sangat Main Gim Masa PKP, Lelaki Kena Tetak Jiran Polis Pencen

AryonBy Aryon16/04/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditetak jirannya yang tidak berpuas hati kerana berbuat bising di rumah. Insiden berlaku di Taman Kempas, Sungai Petani, kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu berkata, suspek berusia 63 tahun itu, yang juga pesara polis, pergi ke rumah mangsa dan memanggilnya keluar yang ketika itu sedang bermain alatan gim di ruang tamu rumah.

Suspek dikatakan berang kerana peralatan gim yang digunakan mangsa untuk bersenam mengeluarkan bunyi bising kuat hingga mengganggu ketenteramannya. Kedua-dua mereka kemudian saling bertengkar sebelum suspek menetak mangsa pada bahagian tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri, manakala tulang lengan kiri patah akibat ditetak.

Mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta perlu menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri.

Suspek ditahan polis di rumahnya malam tadi dan polis turut menemui sebilah parang sepanjang satu meter dipercayai digunakan dalam pertengkaran tersebut. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.


ULASAN KAMI

Kalau dah sampai tahap sanggup keluar parang, maknanya tahap bising tu dah sampai kepada tahap mengganggu emosi. Lagi-lagi masa Perintah Kawalan Berkurung (PKP) sekarang ni. Jiran awak tu nak tengok TV dan nak sembang-sembang dengan keluarga dia, kamu pula ketang… ketung… ketang… ketung… kat sebelah duk hempas besi. Manalah orang tak stres, depres dan mental.

Bila sound, pandai pula kamu menjawab. Ye la abang sadokan? Sekali… Nahhhhhh…..

Semoga kita sama-sama tidak mementingkan diri dalam hidup berjiran. Banyak-banyaklah bersabar dan fikirkan cara yang lebih rasional dan siuman.

Abang Sado Kena Tetak Jiran Asisten Komisioner Adzli Abu Auto Terkini Jiran Bising Kena Tetak Jiran Sungai Petani
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Angeleyes on 15/04/2020 12:45

      Pengajaran buat semua yang hidup berjiran. Perlu fikirkan sama kepentingan jiran2 tambahan lagi musim MCO tak boleh keluar rumah. Lakukan hanya aktiviti yang tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Nasib baik ko tak mampus…hidup jangan menyusahkan orang.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.