Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Yamaha Exciter 150 dengan Swingarm Sebelah, Rim Sport Ninja H2
Bikin Auto

#BikinMotor: Yamaha Exciter 150 dengan Swingarm Sebelah, Rim Sport Ninja H2

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Exciter 150 (Malaysia: Y15ZR) dilancarkan lewat 2014 bagi menggantikan ‘Raja Klac’, Exciter 135 (Malaysia: 135LC). Perlu diakui Exciter ialah antara model kapcai paling hangat di Vietnam.

Antara modifikasi yang kerap dilakukan pemilik super moped itu ialah menukar komponen asal seperti sistem brek dan rim, dengan barang yang diambil daripada sportbike kuasa besar seperti Aprilia RSV4 dan Ducati 1199 Panigale.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter dengan Kos Modifikasi Lebih Mahal daripada Axia

Kapcai Exciter 150 ini diubah suai sepenuhnya kecuali instrumen meter dan lampu depan, masih seperti model standard. Motosikal ini asalnya meninggalkan kilang Yamaha dengan tona merah-putih, tetapi diberikan semburan berus angin (airbrush) pada panel badan.

Proses semburan mengambil masa 2-4 minggu untuk disiapkan. Selain dicat semula, fairing sisi asal juga diubah suai untuk menghasilkan kapcai gaya superbike dengan tiga winglet dan jejaring ventilator udara untuk mengeluarkan udara panas dari enjin, termasuk mendapatkan efek aerodinamik.

Pelana asal dipotong, dijadikan pelana tunggal untuk tunggangan solo, manakala bahagian pembonceng digantikan penutup gentian karbon, juga ilham jentera superbike.

Bar hendal dipasangkan tuil brek Brembo RCS19 Corsa Corta, tuil klac Kohken, konsol suis seperti superbike dan hiasan gentian karbon pada kepala motosikal. Motosikal ini banyak menggunakan kemasan pelekat gentian karbon yang dibalut atas permukaan asal.

BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

Bahagian roda depan menggunakan fork terbalik (USD) Ohlins TTX yang dikustom rendah, termasuk dijajarkan semula. Suspensi belakang menggunakan monoshock Nitron dan set brek depan meminjam kaliper brek Brembo M50 Monoblock daripada Ducati 1199 Panigale, begitu juga kaliper brek belakang, kekal Brembo.

Komponen paling unik dan menarik ialah unit swingarm sebelah (tunggal) dan set rim Kawasaki Ninja H2 yang dimaklumkan pemiliknya dibeli dari luar negara pada harga lebih 100 juta dong (RM17,543) 😭. Rim bintang lima Ninja H2 itu dibalutkan tayar 120mm Michelin Road 5 di depan dan 190mm di belakang.

Enjin asal tidak diubahsuai, masih 4-lejang silinder tunggal 149.7cc berkuasa 15.2hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm. Bagaimanapun sistem klac ditukar kepada jenis kering X-MVR1 bagi menggantikan klac asal jenis basah. Sistem ekzos Akrapovic untuk Yamaha R1 menjadi pilihan, manakala peg kaki daripada jenama Arashi dan kabel minyak Hel.

Berapa kos moddifikasi? Kata pemiliknya, dia sudah habis lebih 300 juta dong (RM52,630) yang menyamai harga sebuah Kawasaki Z900 atau Honda CB650R. Inilah apa yang dikatakan ‘hobi kami mahal!’

BACA >>> Yamaha Motor Vietnam Tawar Insentif Tunai untuk Bantu Bakal Pembeli Exciter 150

GALERI

SUMBER: Zing.vn

bikin motor Kawasaki Kawasaki Ninja H2 Modifikasi roda2 super moped Yamaha Yamaha Exciter 150 Yamaha Y15ZR YSuku
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Rahimi on 24/01/2020 12:54

      Happy to see a bunch of idols .. really like you guys

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.