Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Honda Super Cub C125 untuk Peminat Papan Selaju
Bikin Auto

#BikinMotor: Honda Super Cub C125 untuk Peminat Papan Selaju

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENGKEL kustom motosikal K-Speed ​​di Thailand ini begitu popular dalam menampilkan versi unik Honda Super Cub C125.

Projek terkini K-Speed ​​terus menyerlahkan kreativiti bengkel itu dalam menyerlahkan potensi model dua roda gaya klasik dari Jepun itu. Hasilnya ialah Super Cub C125 yang berubah sepenuhnya dengan penampilan kemasan hitam kusam dan beberapa naik taraf mewah.

Sorotan utama ialah bahagian hendal sisi untuk memegang papan luncur yang nyata cukup unik. Bar hendal asal pula ditanggalkan dan diganti unit ‘bogel’. Punat kawalan dibuat lebih kecil dan kluster instrumen LCD baharu diposisikan di tengah hendal.

Ekzos Diablo dipasangkan lebih tinggi dekat pelana dan dipasangkan panel antibakar. Gaya ini biasanya dipakai model scrambler klasik.

Rim jejari depan dan belakang dinaik taraf kepada 17 inci dengan bunga tayar dadu besar. Fork depan disembur cat hitam, manakala suspensi belakang dinaik taraf dengan dwi-spring boleh laras. Penutup rantai diubah dan fender depan dan belakang dipotong pendek.

Bahagian depan diserlahkan dengan dwi lampu bulat yang dipadankan frem logam hitam. Lampu belakang LED dipasangkan pada bawah absorber belakang sebelah kanan, manakala plat nombor di sebelah kiri. Lampu signal belok LED pula tersorok pada kluster absorber.

Tiada maklumat didedahkan mengenai trenkuasa Super Cub C125 yang menggunakan enjin asal jenis silinder tunggal  125cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 9.1hp dan tork 9.98Nm, manakala transmisi jenis rotari 4-kelajuan.

BACA >>> Honda Supercub Guna Suspensi Double Wishbone Macam Gold Wing?
BACA >>> 5 Kapcai Empat Lejang dengan Enjin Paling Berkuasa di Malaysia

Bengkel K-Speed Bikin Auto bikin motor Honda Honda Super Cub C125 Honda Super Cub C125 Skateboard K Speed Papan Selaju roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.