• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Supercub Guna Suspensi Double Wishbone Macam Gold Wing?

Honda Supercub Guna Suspensi Double Wishbone Macam Gold Wing?

April 8, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter

PRODUK motosikal Honda yang menggunakan suspensi jenis double wishbone ialah Goldwing. Terkini, pengeluar Jepun itu dilaporkan mendaftarkan paten rekaan sistem suspensi depan double wishbone untuk beberapa model lain daripada RC213V dan  CB1100 hingga Super Cub 125.

Logik penggunaan sistem suspensi tersebut untuk model seperti Goldwing adalah kerana saiz jentera yang besar dan berat. Jadi absorber double wishbone memberikan serapan yang lebih lembut pada suspensi depan motosikal kerana ia tidak memindahkan hentakan pada frem.

BACA >>> Perbandingan: Honda CT125 Hunter Cub vs CT125 Concept

Paten Double Wishbone SuperCub_1
Paten Double Wishbone SuperCub_4

Bagi Super Cub yang menggunakan enjin jenis lateral, Honda bebas merekabentuk monoshock pada sistem double-wishbone hingga posisi absorber lebih tegak berbanding double wishbone pada Goldwing.

Kelebihan double wishbone adalah kemampuan sistem untuk mengekalkan jarak roda konsisten sepanjang pergerakan suspensi depan dan mengurangkan stres ke atas casis. Suspensi jenis ini juga memberikan lebih banyak kebebasan geometri dalam rekabentuk selain dapat mengurangkan gejala suspensi menjunam.

Bagaimanapun, berdasarkan gambarajah di atas, tiada lagi motosikal yang menggunakan komponen seperti itu. Tidak dapat dipastikan sistem itu akan digunakan pada Super Cub yang mana satu? Mungkinkah CT125 untuk versi tourer?

BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k

 

 

SUMBER: Kojintekibikematome

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Gambarajah Paten, Honda, Honda CT125, Lakaran Paten, Paten Honda, roda2, supercub 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my