Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Benelli 354 Sport Cafe Racer dari Itali, Tribut Khas Ferrari 512M
Bikin Auto

#BikinMotor: Benelli 354 Sport Cafe Racer dari Itali, Tribut Khas Ferrari 512M

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL 1960 dan 70-an mula menunjukkan kebangkitan apabila banyak model era itu kini menjadi projek kustom peminat permotoran masa kini. Era itu juga menyaksikan zaman keemasan perlumbaan kereta sport dan antara model paling diingati, Ferrari dan Ford GT40.

Bagi orang Itali, Ferrari 512M ialah jentera paling istimewa, dan Christian Moretti daripada bengkel Plan B Motorcycle mahu memberikan penghormatan khas untuk model supercar itu. Masanya tepat apabila seorang pelanggan datang dengan motosikal istimewa Itali era itu, Benelli 354 Sport yang bakal dibangunkan sebagai tribut khas untuk 512M.

Tahukah anda, Ferrari 512M ialah salah satu jentera lumba popular 24 Hours of Le Mans (1970). Justeru, Moretti memilih mengubah suai naked bike itu menjadi sebuah cafe racer dengan menggunakan skema semburan cat 512M yang memenangi perlumbaan 24 Hours of Daytona (1971).

ENJIN BAHARU, RUPA BAHARU

Perkara utama dilakukan, membuang enjin 345cc dan digantikan nadi baharu bersesaran 500cc. Masih lagi kekal 4-silinder, kuasa dihasilkan kini meningkat dua kali ganda bersama lebihan tork yang mengalir dalam casis kecil dan ringan.

Moretti melakukan ‘port and polish’ pada bahagian kepala silinder sebelum memasukkan komponen utama itu ke dalam enjin yang dibina semula. Percikan api kini dihasilkan sistem nyalaan elektronik Dynatech bagi menggantikan sistem lama.

BENELLI 354 SPORT

Bahagian ekzos mengembalikan semula era 70-an dengan konfigurasi 4-1-2-4 yang membekalkan kuasa optimum pada keseluruhan julat rev dan dipadankan peredam hidroform HP Corse bersalut seramik putih. Moretti turut memotong bahagian belakang dan digantikan subfrem baharu daripada alumunium ringan sebagai sokongan pelana lumba.

Penampilan lengan ayun (swingarm) belakang juga dibuat baru daripada besi tubular yang menopang tetapan absorber tunggal atau monoshock, sekali gus menambah baik geometri Benelli. Monoshock ialah item kustom daripada Gears Racing yang boleh dilaras pada semua parameter.

KEKAL RETRO

Namun, bahagian depan tidak disentuh. Diambil daripada Buell M2 Cyclone – keseluruhan susunan suspensi dan brek ialah peningkatan yang sangat besar. Rotor besar 340mm dengan kaliper 6-pot dipasangkan mudah pada rim 18-inci asli. Padanan tayar Avon pula mengekalkan imej vintaj dengan kualiti prestasi moden.

Bahagian depan kekal tidak berubah, tetapi dipadankan tangki minyak daripada keluli 0.8mm. Rekabentuk tangki gaya lumba itu turut dipasangkan tingkap tembus di kedua-dua sisi bagi memantau paras minyak. Bahagian belakang dan atas fairing diperbuat daripada gentian kaca, manakala bajak (belly pan), skup udara besar di sisi dan komponen lain menggunakan material aluminium.

Menarik?

GALERI

SUMBER: Return Of The Cafe Racers/Plan B Motorcycles

benelli Benelli 354 Sport Benelli 354 Sport Cafe Racer bikin motor Christian Moretti Ferrari Ferrari 512M Ford GT40 Plan B Motorcycle
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.