Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Mercedes-Benz E300 AMG Bertatah Emas Tulen, Berlian
Bikin Auto

#BikinKereta: Mercedes-Benz E300 AMG Bertatah Emas Tulen, Berlian

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT tuner baharu dari Vietnam, Exclusive Auto Club (EAC) menggunakan khidmat kira-kira 30 artis untuk mengubah suai Mercedes-Benz E 300 AMG menjadi ’emas bergerak’.

Dijenamakan semula sebagai Ambassador EX300, banyak komponen model Jerman ini disalut emas tulen, manakala ruang kabin dihiasi ratusan butir berlian. Ini ialah produk sentuhan pertama EAC yang mana projek ini mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan sepenuhnya.

BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China

Secara keseluruhan, warna hitam asal sedan ini dikekalkan, dan semua bahagian logam disadurkan emas tulen. Penampilan visual paling ketara ialah rim dan gril depan.

EAC menggunakan teknik pemprosesan tradisional secara manual dan juga kejuruteraan mekanikal CNC (kawalan berangka terkomputer) untuk menghasilkan komponen kustom.

BACA >>> Polis Dubai Tambah Mercedes-AMG GT 63 S Sebagai Kereta Peronda

Bonet kereta dipasangkan miniatur Mercury, iaitu dewa dagangan dalam kepercayaan masyarakat Rom kuno yang dihasilkan melalui proses CNC membabitkan emas tulen 17.5K (karat).

Kedua-dua sisi kereta ini tertera logo bentuk sayap bersalut emas 24K dengan paparan teks EAC – Bespoke Edition. Rim asal 19 inci AMG pula dinaik taraf kepada saiz 20 inci, juga buatan AMG Jerman dan semua disadur emas 24K. Saduran emas juga dibuat pada komponen lain seperti perumah cermin sisi, muncung ekzos, gril dan bampar depan.

Logo bucu bintang tiga ditukar kepada EAC bersalut emas (24K) dan bertatah berlian (50K). Spoiler belakang menggunakan material gentian karbon.

BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China

Ruang kabin juga dihiasai emas dan puluhan berlian daripada pembuka pintu, jam, pedal brek dan minyak hingga ventilator penyaman udara. Semuanya serba mewah dan premium. Bagi menghasilkan rekaan kabin sedan kustom, EAC sebenarnya bekerjasama dengan pakar dari Jerman, England, Poland, Hungary, Bangladesh dan Estonia.

Ambassador EX300 ini jarang dapat dilihat di jalan raya Vietnam, dan pernah muncul pada Pameran Motor Vietnam 2019. Menurut pemiliknya, E300 AMG ini dibeli pada harga 3 bilion dong (RM534,300), manakala kos naik taraf mencecah harga kira-kira 6 bilion dong (RM1.1 juta). Wow!

GALERI

SUMBER: News.Zing

Ambassador EX300 Bikin Kereta EAC Exclusive Auto Club (EAC) Mercedes-benz Mercedes-Benz E300 AMG Roda4 Vietnam
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Roda4

    Jetour T1 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.