• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Dubai Tambah Mercedes-AMG GT 63 S Sebagai Kereta Peronda

Polis Dubai Tambah Mercedes-AMG GT 63 S Sebagai Kereta Peronda

December 26, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Dubai mengumumkan Mercedes-AMG GT 63 S sebagai model baharu yang akan digunakan sebagai kereta peronda di bandar raya Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE).

Jabatan penguatkuasaan negara pengeluar minyak dunia itu memang terkenal dengan barisan aset penguatkuasaan yang serba mewah dan berprestasi tinggi.

Antaranya Brabus Mercedes-Benz G63, Lamborghini Aventador, Ferrari FF, Mercedes-Benz SLS AMG, Bentley Continental GT, Aston Martin One-77, Chevrolet Camaro SS, Bugatti Veyron, Porsche 918 Spyder, BMW M5, Nissan GT-R, McLaren 12C dan Audi R8.

BACA >>> Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai

Pemilihan Mercedes-AMG GT 63 S itu diumumkan Ketua Komander Polis Dubai, Mejar Jeneral Abdullah Khalifa Al Marri. Sama seperti hebahan sebelum ini, jentera berstatus supercar itu akan digunakan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi pelancongan sekitar Burj Khalifa.

Ini termasuk memainkan peranan mempromosikan keunikan dan kemewahan bandar raya Dubai.

BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!

Mercedes-AMG GT 63 S yang dibeli itu adalah jenis 4-pintu yang dipacu enjin V8 4.0L Twin-Turbo dengan transmisi automatik 9-kelajuan, dan turut dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic.

Jentera ini mampu menjana kuasa setinggi 639hp dan tork 900Nm, manakala pecutan 0-100kmj mengambil masa sepantas 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 315kmj.

BACA >>> Motor Polis Paling Laju di Dunia Mungkin Ada di Abu Dhabi

SUMBER: CarScoops

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE), Mejar Jeneral Abdullah Khalifa Al Marri, Mercedes-AMG GT 63 S, Polis Dubai, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my