Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Lelaki Ubah Suai Bas Mini Jadi Surau Bergerak untuk 19 Jemaah
Bikin Auto

#BikinKereta: Lelaki Ubah Suai Bas Mini Jadi Surau Bergerak untuk 19 Jemaah

FarahBy Farah25/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HASRAT seorang lelaki mengubah suai sebuah bas sekolah mini menjadi surau bergerak tercapai apabila kenderaan itu dibenarkan dibergerak atas jalan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menerusi khidmat pelesenan dan undang-undang.

Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk ‘surau bergerak’ itu diterima pemiliknya, Yusuf Hadi Al Hafidz Sapai, 41, dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim sempena majlis sambutan Aidilfitri JPJ Terengganu, baru-baru ini.

Menurut Yusuf Hadi, yang juga Pengerusi Terengganu Food Truck, bas mini itu dibeli daripada seorang rakan untuk diubah suai menjadi kenderaan saji pada harga RM8,000. Namun, aktiviti perniagaan tidak dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Selepas berbincang dengan rakan peniaga lain, akhirnya saya memutuskan mengubah suai bas sekolah mini itu menjadi surau bergerak.

“Hasil sumbangan orang ramai, proses ubah suai dengan kos hampir RM40,000 ini berjaya direalisasikan dan saya berterima kasih kepada JPJ Terengganu kerana berjaya mendaftarkannya secara sah di bawah kod badan Bas Perkhidmatan Bergerak mengikut peraturan,” katanya.

Surau bergerak itu dilengkapi penyaman udara, tempat wuduk, ruang imam, lampu, jam waktu solat dan bumbung untuk ruangan solat bahagian luar bas yang mampu menampung 19 jemaah pada satu-satu masa.

Zailani dalam majlis itu berkata, JPJ sedia membantu mana-mana pihak atau individu untuk mengubah suai kenderaan menjadi surau bergerak seperti mana dilakukan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Terengganu sebagai tanggungjawab sosial mereka.

Malah ubah suai itu tidak melibatkan umat Islam saja, tetapi juga agama lain asalkan bermanfaat kepada orang ramai, pasti dibantu supaya mematuhi spesifikasi dan peraturan ditetapkan JPJ. Difahamkan, surau bergerak itu diletakkan di dataran jambatan angkat bagi memudahkan umat Islam berkunjung ke kawasan tersebut.

BACA >>> Wanita Cina Buat ‘Review’ Pasal Van Jenazah Buat Netizen Tertarik
BACA >>> 20 Kek Rosak Akibat Terkandas 4 Jam Kemalangan Jambatan Pulau Pinang

SUMBER: AstroAwani
Auto Terkini Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Terengganu bas mini bertukar jadi surau Bikin Kereta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Modifikasi surau bergerak surau mini
Farah

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.