• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Lelaki Ubah Suai Bas Mini Jadi Surau Bergerak untuk 19 Jemaah

#BikinKereta: Lelaki Ubah Suai Bas Mini Jadi Surau Bergerak untuk 19 Jemaah

May 25, 2022 By Farah Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HASRAT seorang lelaki mengubah suai sebuah bas sekolah mini menjadi surau bergerak tercapai apabila kenderaan itu dibenarkan dibergerak atas jalan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menerusi khidmat pelesenan dan undang-undang.

Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk 'surau bergerak' itu diterima pemiliknya, Yusuf Hadi Al Hafidz Sapai, 41, dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim sempena majlis sambutan Aidilfitri JPJ Terengganu, baru-baru ini.

Menurut Yusuf Hadi, yang juga Pengerusi Terengganu Food Truck, bas mini itu dibeli daripada seorang rakan untuk diubah suai menjadi kenderaan saji pada harga RM8,000. Namun, aktiviti perniagaan tidak dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Selepas berbincang dengan rakan peniaga lain, akhirnya saya memutuskan mengubah suai bas sekolah mini itu menjadi surau bergerak.

"Hasil sumbangan orang ramai, proses ubah suai dengan kos hampir RM40,000 ini berjaya direalisasikan dan saya berterima kasih kepada JPJ Terengganu kerana berjaya mendaftarkannya secara sah di bawah kod badan Bas Perkhidmatan Bergerak mengikut peraturan," katanya.

Surau bergerak itu dilengkapi penyaman udara, tempat wuduk, ruang imam, lampu, jam waktu solat dan bumbung untuk ruangan solat bahagian luar bas yang mampu menampung 19 jemaah pada satu-satu masa.

Zailani dalam majlis itu berkata, JPJ sedia membantu mana-mana pihak atau individu untuk mengubah suai kenderaan menjadi surau bergerak seperti mana dilakukan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Terengganu sebagai tanggungjawab sosial mereka.

Malah ubah suai itu tidak melibatkan umat Islam saja, tetapi juga agama lain asalkan bermanfaat kepada orang ramai, pasti dibantu supaya mematuhi spesifikasi dan peraturan ditetapkan JPJ. Difahamkan, surau bergerak itu diletakkan di dataran jambatan angkat bagi memudahkan umat Islam berkunjung ke kawasan tersebut.

BACA >>> Wanita Cina Buat 'Review' Pasal Van Jenazah Buat Netizen Tertarik
BACA >>> 20 Kek Rosak Akibat Terkandas 4 Jam Kemalangan Jambatan Pulau Pinang

SUMBER: AstroAwani

Artikel Berkaitan

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Auto Terkini, Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Terengganu, bas mini bertukar jadi surau, Bikin Kereta, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Modifikasi, surau bergerak, surau mini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my