Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Hiload 6×6 RIV – Syarikat UK Bikin Hilux Jadi Kereta Bomba Padam Kebakaran EV
Bikin Auto

#BikinKereta: Hiload 6×6 RIV – Syarikat UK Bikin Hilux Jadi Kereta Bomba Padam Kebakaran EV

Abang HirataBy Abang Hirata04/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN elektrik (EV)
semakin popular kebelakangan ini, terutama di Eropah. Dengan pertambahan EV atas jalan, timbul perkara yang menarik perhatian bomba.

Secara statistik, kebarangkalian EV untuk terbakar lebih rendah berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi insiden yang melibatkan EV dengan bateri litium-ion adalah jauh lebih serius dan sukar dipadamkan.

Situasi itu menjadi lebih sukar di kawasan tertutup seperti parkir kenderaan bawah tanah atau bertingkat yang sukar atau tidak boleh dimasuki kenderaan bomba saiz besar.

Apa penyelesaiannya? Sebuah syarikat dari York, England, Prospeed Motorsport mengubah suai Toyota Hilux kepada Hiload Rapid Intervention Vehicle (RIV) ddalam pacuan enam roda (6×6)!

Hiload 6×6 RIV dipasang casis baharu berbanding kaedah ‘cut and shut’ (sambungan) frem asal Hilux. Dengan casis baharu dan sistem pemisah tork itu, trak pikap 6×6 tersebut mempunyai berat 5,600kg dengan muatan 3,000kg.

Angka baharu itu hampir tiga kali ganda berbanding kapasiti Toyota Hilux 4×4 standard dengan ruang muatan dipanjangkan kepada 1,230mm.

Walaupun lebih panjang, tinggi Hiload 6×6 RIV hanya 1,850mm, iaitu lebih rendah berbanding kenderaan utiliti sukan (SUV) besar lain dan di bawah had tinggi kawasan parkir kenderaan. Hiload juga mempunyai pusat graviti (CoG) rendah dan lebih stabil pada kelajuan tinggi.

Cabaran dalam menangani kebakaran EV adalah apabila tenaga daripada pek bateri dilepaskan, dipanggil thermal runaway (larian terma).

Kaedah sebelum ini melibatkan redaman kereta dalam beg besar atau kontena kapal diisi air. Kini ada kaedah baharu seperti penggunaan kenderaan tindakan cepat dan gandingan teknik pemadaman api tradisional.

Contohnya, Hiload 6×6 RIV boleh dipasang sistem Coldcut Cobra untuk memadam kebakaran bateri EV. Sistem Cobra Ultra High Pressure Lance (UHPL) itu menggunakan kaedah pelelas (abrasive suspended) air bagi menebuk lubang pada lantai kereta dan menyuntik air pada kadar 300 bar.

Air itu kemudian menyejukkan dalaman bateri, sekali gus mencegah penyebaran dan risiko larian terma. Ujian Agensi Kontigensi Awam Sweden menunjukkan sistem Coldcut Cobra mampu mencegah penyebaran sel dalam tempoh 10 minit dengan hanya menggunakan 240 liter air.

Jumlah itu pula hanya 20 peratus daripada kapasiti tangki Hiload, dan kaedah lain yang ada adalah mengepam ribuan liter air ke dalam kereta untuk menyejukkan bateri.

Selain kawasan parkir kereta, Hiload 6×6 RIV dengan enam roda itu juga boleh digunakan di kawasan terpencil dan persekitaran mencabar seperti hutan dan kawasan semak.

Hiload kini sedang diuji di Republik Czech dan dibangunkan khas untuk menangani kebakaran bateri EV dan membantu memberi bantuan pantas mengeluarkan penumpang. Menariknya, kenderaan penyelamat itu sudahpun digunakan satu daripada pengeluar EV sebagai kenderaan cegah kebakaran.

Hiload dikeluarkan di York, atau Prospeed boleh menghantar kit ubah suai untuk dipasangkan di negara luar. Rekabentuk juga boleh dilesenkan jika ada pihak berminat mengeluarkan kenderaan berkenaan dalam jumlah besar.

BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6×6, Harga Lebih RM1.8 Juta!
BACA >>> Toyota Corolla Commercial (2023) – Model Wagon Jadi Van Perdagangan, Harga RM130k!

Auto Terkini HILOAD HILOAD 6x6 HILOAD 6x6 Rapid Intervention Vehicle Hiload 6x6 RIV Prospeed Motorsport Toyota Toyota Hilux Trak Pikap 6X6
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.