• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Hiload 6x6 RIV - Syarikat UK Bikin Hilux Jadi Kereta Bomba Padam Kebakaran EV

#BikinKereta: Hiload 6x6 RIV - Syarikat UK Bikin Hilux Jadi Kereta Bomba Padam Kebakaran EV

June 4, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN elektrik (EV)
semakin popular kebelakangan ini, terutama di Eropah. Dengan pertambahan EV atas jalan, timbul perkara yang menarik perhatian bomba.

Secara statistik, kebarangkalian EV untuk terbakar lebih rendah berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi insiden yang melibatkan EV dengan bateri litium-ion adalah jauh lebih serius dan sukar dipadamkan.

Situasi itu menjadi lebih sukar di kawasan tertutup seperti parkir kenderaan bawah tanah atau bertingkat yang sukar atau tidak boleh dimasuki kenderaan bomba saiz besar.

Apa penyelesaiannya? Sebuah syarikat dari York, England, Prospeed Motorsport mengubah suai Toyota Hilux kepada Hiload Rapid Intervention Vehicle (RIV) ddalam pacuan enam roda (6x6)!

Hiload 6x6 RIV dipasang casis baharu berbanding kaedah 'cut and shut' (sambungan) frem asal Hilux. Dengan casis baharu dan sistem pemisah tork itu, trak pikap 6x6 tersebut mempunyai berat 5,600kg dengan muatan 3,000kg.

Angka baharu itu hampir tiga kali ganda berbanding kapasiti Toyota Hilux 4x4 standard dengan ruang muatan dipanjangkan kepada 1,230mm.

Walaupun lebih panjang, tinggi Hiload 6x6 RIV hanya 1,850mm, iaitu lebih rendah berbanding kenderaan utiliti sukan (SUV) besar lain dan di bawah had tinggi kawasan parkir kenderaan. Hiload juga mempunyai pusat graviti (CoG) rendah dan lebih stabil pada kelajuan tinggi.

Cabaran dalam menangani kebakaran EV adalah apabila tenaga daripada pek bateri dilepaskan, dipanggil thermal runaway (larian terma).

Kaedah sebelum ini melibatkan redaman kereta dalam beg besar atau kontena kapal diisi air. Kini ada kaedah baharu seperti penggunaan kenderaan tindakan cepat dan gandingan teknik pemadaman api tradisional.

Contohnya, Hiload 6x6 RIV boleh dipasang sistem Coldcut Cobra untuk memadam kebakaran bateri EV. Sistem Cobra Ultra High Pressure Lance (UHPL) itu menggunakan kaedah pelelas (abrasive suspended) air bagi menebuk lubang pada lantai kereta dan menyuntik air pada kadar 300 bar.

Air itu kemudian menyejukkan dalaman bateri, sekali gus mencegah penyebaran dan risiko larian terma. Ujian Agensi Kontigensi Awam Sweden menunjukkan sistem Coldcut Cobra mampu mencegah penyebaran sel dalam tempoh 10 minit dengan hanya menggunakan 240 liter air.

Jumlah itu pula hanya 20 peratus daripada kapasiti tangki Hiload, dan kaedah lain yang ada adalah mengepam ribuan liter air ke dalam kereta untuk menyejukkan bateri.

Selain kawasan parkir kereta, Hiload 6x6 RIV dengan enam roda itu juga boleh digunakan di kawasan terpencil dan persekitaran mencabar seperti hutan dan kawasan semak.

Hiload kini sedang diuji di Republik Czech dan dibangunkan khas untuk menangani kebakaran bateri EV dan membantu memberi bantuan pantas mengeluarkan penumpang. Menariknya, kenderaan penyelamat itu sudahpun digunakan satu daripada pengeluar EV sebagai kenderaan cegah kebakaran.

Hiload dikeluarkan di York, atau Prospeed boleh menghantar kit ubah suai untuk dipasangkan di negara luar. Rekabentuk juga boleh dilesenkan jika ada pihak berminat mengeluarkan kenderaan berkenaan dalam jumlah besar.

BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6x6, Harga Lebih RM1.8 Juta!
BACA >>> Toyota Corolla Commercial (2023) - Model Wagon Jadi Van Perdagangan, Harga RM130k!

HILOAD 6x6 Rapid Intervention Vehicle.01
hiload-6x6-riv-2023-5
hiload-6x6-riv-2023
HILOAD 6x6 Rapid Intervention Vehicle.03
hiload-6x6-riv-2023-1
hiload-6x6-riv-2023-4
hiload-6x6-riv-2023-3
hiload-6x6-riv-2023-2

Artikel Berkaitan

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, HILOAD, HILOAD 6x6, HILOAD 6x6 Rapid Intervention Vehicle, Hiload 6x6 RIV, Prospeed Motorsport, Toyota, Toyota Hilux, Trak Pikap 6X6

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my