Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bikin Berdekah, Peragut Terpinga Mangsa Bawa Lari Motosikal
Auto Terkini

Bikin Berdekah, Peragut Terpinga Mangsa Bawa Lari Motosikal

FarahBy Farah16/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAKAMAN video kes ragut biasanya mengundang marah, tetapi berbeza video tular ini yang membuatkan ramai netizen ketawa terbahak.

Apa tidaknya, niat jahat peragut tersebut yang mahu meragut beg seorang gadis berubah menjadi mimpi ngeri apabila motosikalnya dilarikan mangsa. Insiden itu dirakamkan satu kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis yang kemudian tukar selepas dimuat naik @memomedsos.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Dalam rakaman video berkenaan, mangsa dirakamkan berjalan seorang diri di satu lorong deretan kedai lengang sambil menyandang sebuah beg hitam di bahu.

Ketika berhenti di satu premis, dua lelaki berskuter muncul dari belakang sebelum si pembonceng turun untuk meragut beg mangsa. Bagaimanapun, mangsa pantas melawan dengan menyetap begnya dan berlaku aksi tarik-menarik hingga menyebabkan rakan penunggang terpaksa turun dari motosikal untuk membantu rakannya.

Seolah-olah tahu tidak dapat mengalahkan kekuatan dua lelaki, gadis tersebut pantas melepaskan begnya dan berlari ke skuter suspek dan membawa lari motosikal tersebut.

Dua peragut itu pula terpingga-pingga melihat insiden tidak disangka itu dan mundar-mandi di tengah lorong seakan tidak percaya motosikal mereka sudah dibawa lari.

Rata-rata netizen memuji mangsa kerana bijak bertindak, tetapi tidak kurang juga mendakwa video tersebut hanya ‘konten’ untul tular di media sosial semata-mata. Kalau betul cuma video konten, tidak salah netizen di luar sana menggunakan tip dan trik tersebut jika berdepan situasi sama!

BACA >>> Video Polis Lepas 5 Das Tembakan, Pemandu Saga Maut
BACA >>> Skandal Suami ‘Kantoi’ dalam Kamera AES, Isteri Terkejut dapat Saman Suami
BACA >>> Zontes ZT155G Masuk Malaysia Bulan Ini, Harga Bawah RM10k?

SUMBER: IG Memomedsos

Indonesia Peragut peragut curi beg Tip Elak Peragut tular Video Viral
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    17/04/2026
    Auto Terkini

    Syarat MITI Terhadap BYD Cetus Kebimbangan, Pelaburan Di Perak Terjejas?

    17/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Pakar: Harga Bahan Api Naik Mampu Percepat Peralihan EV

    17/04/2026
    Auto Terkini

    JPJ Tawar Nombor Pendaftaran ‘P-P’ Sempena Ulang Tahun ke-80!

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.