Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berus Gigi Sambil Memandu, Pemandu Sebelah Berang dan Rakam Video Sebagai Pengajaran
Auto Terkini

Berus Gigi Sambil Memandu, Pemandu Sebelah Berang dan Rakam Video Sebagai Pengajaran

Han OthmanBy Han Othman10/12/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

berus-gigi-sambil-memandu-bg
SEORANG pemandu Britain lelaki di Britain dirakamkan sedang memberus gigi sambil memandu. Rakaman aksi tersebut dimuat naik Robert Tulip, 42, dari Chesterfield, Derbyshire yang kebetulan memandu bersebelahan kereta lelaki itu.

Menurut Robert, pemandu tersebut mengambil masa kira-kira lima minit untuk memberus giginya sebelum meludah sisa ubat gigi ke dalam cawan. Malah, kelajuan kereta dipandu lelaki tersebut antara 80-100kmj.

Robert turut menjelaskan video itu dirakamkan ketika isterinya sedang memandu dan dia sebagai penumpang sebelah. Katanya, walaupun insiden itu nampak melucukan, tetapi aksi bodoh tersebut boleh merisikokan nyawa. Dia juga berharap video rakamannya itu akan memalukan pemandu berkenaan dan membuatkan pemandu lain berfikir dua kali sebelum melakukan aksi sama.

RAKAM VIDEO UNTUK PENGAJARAN

Video ini cuma sebahagian daripada apa yang saya lihat. Saya cuma mahu buktikan apa yang sedang dia buat. Saya tidak fikir dia sedar bahawa saya sedang merakamkannya.

“Saya mahu memalukan dia. Saya tidak lakukan untuk ketawa. Saya lakukan kerana orang seperti itu patut bertanggungjawab atas tindakannya dan menyedari betapa mereka sedang meletakkan kita dalam bahaya.

“Tidak mungkin anda 100 peratus komited dengan apa yang berlaku di sekeliling (jika sedang buat aksi itu). Jika itu saya, saya sudah cukup bodoh untuk lakukan sesuatu seperti itu. Seseorang yang merakamkannya sudah tentu akan memalukan saya dan saya akan berfikir dua kali untuk melakukan perkara sama.

Robert berkata, pada mulanya dia menyangkakan pemandu itu akan meludah ke luar tingkap. Tetapi dia meludah ke dalam cawan.

Ketika itu jam 1 petang, waktu yang ganjil untuk membersihkan gigi semasa memandu. Isteri saya ingat saya bergurau. Dia tidak rasa ada pemandu yang sanggup buat aksi itu.

“Saya menunggang motosikal dan sudah menyaksikan banyak benda ketika di atas motosikal. Saya lihat lebih banyak bahaya berbanding pemandu kereta. Ia lucu selagi tiada sesiapa cedera.

“Saya tidak pernah melihat sesiapa melakukannya. Sebelum ini saya nampak ramai orang menggunakan telefon bimbit dan mereka tidak sedar akibat daripada perbuatan itu. Samalah seperti aksi ini (berus gigi ketika memandu),” kata Robert lagi.

SUMBER: Mirror.co.uk

adab jalan raya Auto Terkini berus gigi sambil memandu pemandu biadab
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

23/07/2026
Roda4

BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

23/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Roda4

BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

23/07/2026

1 Comment

  1. Amin Hakim on 11/12/2016 02:59

    macam pelik je mamat nie.. sempat lagi nak berus gigi sambil drive.. hmmm

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.