Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berita Baik!!! Perodua Myvi GT Mungkin Akan Dijual
Auto Terkini

Berita Baik!!! Perodua Myvi GT Mungkin Akan Dijual

Abang GYLBy Abang GYL17/07/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MASIHKAH anda ingat dengan Perodua Myvi GT yang membuat kemunculan bersempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Ini mungkin berita baik untuk rakyat Malaysia. Perodua baru saja mengesahkan model Myvi GT mungkin dikeluarkan susualan permintaan tinggi. Bagaimanapun, ia memerlukan masa untuk dikeluarkan.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, pihaknya masih mempertimbangkan pengeluaran Myvi GT memandangkan model yang dipamerkan itu menelan kos yang tinggi.

Tambah Zahari, Sekiranya ia menjadi kenyataan, kami akan pastikan ia akan dijual pada harga lebih mampu milik. Konsep mungkin sama seperti yang dipamerkan dan aksesori digunapakai mungkin berlainan.

INILAH MYVI PALING STAIL DI MALAYSIA

Bagi mereka yang pernah melihat, Perodua Myvi GT dipadankan dengan pelbagai barangan aftermarket. Antaranya, sistem suspensi, bampar depan baharu, ekzos kembar, kit badan kustom, skirt sisi dan banyak lagi.

Lebih tampak garang, bahagian roda dipadankan rim 17 inci dengan tayar  205/40 berserta brek Brembo. Malah, Myvi GT ini turut dipasangkan bumbung panoramik.

Menjengah ruang dalaman, Myvi GT dilengkapi sepasang kerusi bucket bersama stereng sport dengan aksen gentian karbon. Ruangan papan pemuka diserikan aksen merah dan jika diteliti, ia kelihatan seakan papan pemuka model Peugeot. Bagaimanapun, tiada maklumat teknikal dan spesifikasi didedahkan.

Apa yang pasti, ini ialah berita baik buat mereka yang sudah lama ternanti-nanti kehadiran Perodua Myvi GT dan harap-harap ia akan jadi kenyataan tak lama lagi.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi…

GALERI

Perodua Myvi GT
harga Perodua Myvi GT Perodua Myvi GT perodua myvi GT malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026

    5 Comments

    1. Sowseng Lim on 17/07/2019 12:58

      Outlook is not that important, the most important is the engine upgrade. Better upgrade to turbo and Dual Clutch Transmission

      Reply
      • lolsomany on 18/07/2019 00:44

        imposiburuu, if that happen, all myvi driver will turned into rempit mode 24/7 on our road

        Reply
        • Nurul fara ezurinz on 14/08/2019 12:46

          Myvi Gt cantik

          Reply
    2. Rezza on 14/08/2019 22:03

      Hi, saya mintak sangat perodua kasitahu tarikh bila myvi gt akan keluar sebab sekarang saya nak membeli kereta. Kalau myvi gt betul betul akan keluar tahun ni saya sanggup tunggu.. Saya harap sangat myvi gt jadi kereta pertama saya dan saya harap harga myvi gt tak keterlaluan bawah 60k saya masih sanggup

      Reply
      • Sufi on 19/09/2019 15:27

        Pd pendapat sy, Perodua bleh kuarkan Myvi GT ni sbg Rare Edition.. Utk test permintaan pasaran dgn harga yg sesuai dgn pengguna.. Mungkin bleh kuarkan 500 edisi Myvi GT.. Enjin bleh gunakan sistem twincharged , AWD, LSD gearbox.. D-4s direct injection,

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.