Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Shell Advance Ultra Tembus Pasaran Tahun Hadapan
Auto Terkini

BERITA AUTO: Shell Advance Ultra Tembus Pasaran Tahun Hadapan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/10/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1230957BERSEMPENA perlumbaan Shell Advance Malaysia Motorcycle Grand Prix di Sepang pada 24 hingga 26 Oktober lalu, Shell memperkenalkan minyak pelincir motosikal premium Shell Advance Ultra yang bakal menembusi pasaran, tahun hadapan.

Dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus, Shell Advance Ultra ditawarkan dalam dua gred kelikatan iaitu SAE J 300 10W-40 dan 15W-50. Kedua-dua formulasi ini menepati piawaian: API SM dan JASO MA2. Walau bagaimana, harga jualan masih belum didedahkan.

Menerusi minyak pelincir Shell Advance ultra, ia menawarkan perlindungan dan prestasi terbaik tanpa mengira saiz enjin. Ia juga memberikan kawalan terbaik dengan penukaran gear yang lancar serta tunggangan lebih menyeronokkan.

Selain itu, ia turut berhaya mengurangkan bunyi bising dan getaran selain rumusan teknologi sintetik penuh mampu membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

“Seiring penggunaan motosikal berkuasa tinggi yang semakin meningkat, kami yakin pengenalan Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mampu melangkaui keperluan prestasi yang diperlukan oleh enjin-enjin motosikal berkapasiti rendah  mahupun tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail.

P1240159Sementara itu, Shell menjalankan ujian persepsi di Malaysia yang menyaksikan 13 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada penggunaan pelbagai kapasiti enjin.

Dengan jarak perjalanan sejauh 800km, ia melibatkan pelbagai laluan berbeza seperti tunggangan di kawasan lebuh raya, jalan utama, laluan berbukit, serta jalan bengkang-bengkok di Semenanjung Malaysia.

Hasilnya, rata-rata peserta menunjukkan kepuasan dan merasakan tunggangan yang lebih lancar dan berkuasa apabila menggunakan gabungan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dan minyak Shell V-Power 97.

P1230960TESTIMONI

  • Pemilik motosikal berkuasa tinggi buatan Itali bersesaran 800cc, Puon Swee Loong, 38, – ” Motosikal rasa seperti baharu dan ia cukup ketara apabila pendikit dipulas sepenuhnya. Motosikal saya tidak pernah dapat mencapai jarak sejauh 180km sebelum minyaknya perlu diisi semula.”
  • Rossaedi Hamid, pemilik motosikal jenama Austria berkapasiti 1,000cc yang sudah berusia empat tahun – “Saya akhirnya faham tentang pentingnya memulakan perjalanan dengan enjin yang bersih. Shell telah membantu saya membersihkan sisa-sisa minyak enjin yang pernah digunakan sebelum ini. Jadi, enjin saya kini hanya mengandungi minyak Shell Advance Ultra untuk pengalaman tunggangan yang lebih mengujakan!”
  • Zulkhibri Mohd Yusof, 40, penunggang motosikal buatan Jepun berusia empat tahun – “Bermula gear satu, dua dan tiga, maklum balasnya memang pantas. Dengan minyak enjin Shell Advance Ultra baharu bersama Teknologi PurePlus, klac juga boleh ditukar dengan lancar.”
Shell Advance Ultra Shell Advance Ultra 10W-40 Shell Advance Ultra 15W-50 Shell Advance ultra dengan Teknologi PurePlus Shell Malaysia Shell Malaysia lancar Shell Advance Ultra Shell Malaysia Trading Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.