• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Shell Advance Ultra Tembus Pasaran Tahun Hadapan

BERITA AUTO: Shell Advance Ultra Tembus Pasaran Tahun Hadapan

October 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1230957BERSEMPENA perlumbaan Shell Advance Malaysia Motorcycle Grand Prix di Sepang pada 24 hingga 26 Oktober lalu, Shell memperkenalkan minyak pelincir motosikal premium Shell Advance Ultra yang bakal menembusi pasaran, tahun hadapan.

Dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus, Shell Advance Ultra ditawarkan dalam dua gred kelikatan iaitu SAE J 300 10W-40 dan 15W-50. Kedua-dua formulasi ini menepati piawaian: API SM dan JASO MA2. Walau bagaimana, harga jualan masih belum didedahkan.

Menerusi minyak pelincir Shell Advance ultra, ia menawarkan perlindungan dan prestasi terbaik tanpa mengira saiz enjin. Ia juga memberikan kawalan terbaik dengan penukaran gear yang lancar serta tunggangan lebih menyeronokkan.

Selain itu, ia turut berhaya mengurangkan bunyi bising dan getaran selain rumusan teknologi sintetik penuh mampu membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

“Seiring penggunaan motosikal berkuasa tinggi yang semakin meningkat, kami yakin pengenalan Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mampu melangkaui keperluan prestasi yang diperlukan oleh enjin-enjin motosikal berkapasiti rendah  mahupun tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Azman Ismail.

P1240159Sementara itu, Shell menjalankan ujian persepsi di Malaysia yang menyaksikan 13 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada penggunaan pelbagai kapasiti enjin.

Dengan jarak perjalanan sejauh 800km, ia melibatkan pelbagai laluan berbeza seperti tunggangan di kawasan lebuh raya, jalan utama, laluan berbukit, serta jalan bengkang-bengkok di Semenanjung Malaysia.

Hasilnya, rata-rata peserta menunjukkan kepuasan dan merasakan tunggangan yang lebih lancar dan berkuasa apabila menggunakan gabungan minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus dan minyak Shell V-Power 97.

P1230960TESTIMONI

  • Pemilik motosikal berkuasa tinggi buatan Itali bersesaran 800cc, Puon Swee Loong, 38, - " Motosikal rasa seperti baharu dan ia cukup ketara apabila pendikit dipulas sepenuhnya. Motosikal saya tidak pernah dapat mencapai jarak sejauh 180km sebelum minyaknya perlu diisi semula.”
  • Rossaedi Hamid, pemilik motosikal jenama Austria berkapasiti 1,000cc yang sudah berusia empat tahun - “Saya akhirnya faham tentang pentingnya memulakan perjalanan dengan enjin yang bersih. Shell telah membantu saya membersihkan sisa-sisa minyak enjin yang pernah digunakan sebelum ini. Jadi, enjin saya kini hanya mengandungi minyak Shell Advance Ultra untuk pengalaman tunggangan yang lebih mengujakan!”
  • Zulkhibri Mohd Yusof, 40, penunggang motosikal buatan Jepun berusia empat tahun - “Bermula gear satu, dua dan tiga, maklum balasnya memang pantas. Dengan minyak enjin Shell Advance Ultra baharu bersama Teknologi PurePlus, klac juga boleh ditukar dengan lancar.”

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Shell Advance Ultra, Shell Advance Ultra 10W-40, Shell Advance Ultra 15W-50, Shell Advance ultra dengan Teknologi PurePlus, Shell Malaysia, Shell Malaysia lancar Shell Advance Ultra, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my