Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Pusat 3S Lexus Ke-8 Di Melaka
Auto Terkini

BERITA AUTO: Pusat 3S Lexus Ke-8 Di Melaka

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lexus MelakaLEXUS Malaysia secara rasminya melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang kelapan di Melaka dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran kenderaan mewah.

Dibina atas tapak berkeluasan 30,000 kaki persegi, Lexus Melaka yang beroperasi di 2A, Jalan Autocity 6, Persiaran Autocity, Ayer Keroh, Melaka itu dikendalikan oleh Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd.

Lexus Melaka dilengkapi pelbagai kemudahan canggih sinonim dengan jenama Lexus yang dikendalikan oleh staf-staf terlatih dan berpengalaman. Selain ruang pameran yang luas, pusat servis turut menyediakan empat ruangan servis.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin dan disaksikan Timbalannya, Datuk Takashi Hibi dan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki. Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Pengarah urusan Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd, Wong Ngee Fat dan Pengarahnya, Yong Siew Fong.

pandulajudotcom_ 3S Lexus MelakaPresiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihaknya bangga dengan pembukaan pusat 3S baharu yang dikendalikan Hiewa Auto Gallery sebagai pengedar Lexus berdasarkan keupayaan pengurusan cekap dan dedikasi ditunjukkan.

” Kami bukan saja sebagai penjul kenderaan mewah, malah turut menawarkan pengalaman yang tiada tandingan bagi setiap pelanggan yang memasuki pusat pameran. Lebih penting, setiap individu adalah tetamu dan perlu diberikan layanan sebaiknya,” katanya.

Sehingga kini, Lexus Malaysia sudah memiliki lapan pusat 3S iaitu di Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Kuching Sarawak, Ipoh dan Melaka.

Sementara itu dalam usaha melebarkan lagi sayap perniagaannya, Lexus Malaysia sudah melaburkan RM100juta bagi menawarkan keselesaan kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai sendiri layanan mewah Lexus.

Lexus Malaysia turut mensasarkan dan yakin dapat menjual sejumlah 1,600 unit kenderaan tahun ini. Hubungi talian bebas tol Lexus di 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari www.lexus.com.my untuk maklumat lanjut.

3S Lexus Kelapan di Melaka Datuk Ismet Suki Datuk Takashi Hibi Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd Lexus Melaka Dilancarkan Tan Sri Asmat Kamaludin Wong Ngee Fat Yong Siew Fong
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.