• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pusat 3S Lexus Ke-8 Di Melaka

BERITA AUTO: Pusat 3S Lexus Ke-8 Di Melaka

December 11, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Lexus MelakaLEXUS Malaysia secara rasminya melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang kelapan di Melaka dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pasaran kenderaan mewah.

Dibina atas tapak berkeluasan 30,000 kaki persegi, Lexus Melaka yang beroperasi di 2A, Jalan Autocity 6, Persiaran Autocity, Ayer Keroh, Melaka itu dikendalikan oleh Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd.

Lexus Melaka dilengkapi pelbagai kemudahan canggih sinonim dengan jenama Lexus yang dikendalikan oleh staf-staf terlatih dan berpengalaman. Selain ruang pameran yang luas, pusat servis turut menyediakan empat ruangan servis.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin dan disaksikan Timbalannya, Datuk Takashi Hibi dan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki. Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Pengarah urusan Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd, Wong Ngee Fat dan Pengarahnya, Yong Siew Fong.

pandulajudotcom_ 3S Lexus MelakaPresiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihaknya bangga dengan pembukaan pusat 3S baharu yang dikendalikan Hiewa Auto Gallery sebagai pengedar Lexus berdasarkan keupayaan pengurusan cekap dan dedikasi ditunjukkan.

" Kami bukan saja sebagai penjul kenderaan mewah, malah turut menawarkan pengalaman yang tiada tandingan bagi setiap pelanggan yang memasuki pusat pameran. Lebih penting, setiap individu adalah tetamu dan perlu diberikan layanan sebaiknya," katanya.

Sehingga kini, Lexus Malaysia sudah memiliki lapan pusat 3S iaitu di Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Kuching Sarawak, Ipoh dan Melaka.

Sementara itu dalam usaha melebarkan lagi sayap perniagaannya, Lexus Malaysia sudah melaburkan RM100juta bagi menawarkan keselesaan kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai sendiri layanan mewah Lexus.

Lexus Malaysia turut mensasarkan dan yakin dapat menjual sejumlah 1,600 unit kenderaan tahun ini. Hubungi talian bebas tol Lexus di 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari www.lexus.com.my untuk maklumat lanjut.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 3S Lexus Kelapan di Melaka, Datuk Ismet Suki, Datuk Takashi Hibi, Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd, Lexus Melaka Dilancarkan, Tan Sri Asmat Kamaludin, Wong Ngee Fat, Yong Siew Fong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my