Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beri Masa 3 Tahun, Saya Yakin Kualiti Proton Pada Tahap Terbaik – Inamori
Auto Terkini

Beri Masa 3 Tahun, Saya Yakin Kualiti Proton Pada Tahap Terbaik – Inamori

Abang GYLBy Abang GYL21/11/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton“BERI saya masa tiga tahun. Dalam tempoh ini, saya yakin kualiti dan persepsi pengguna terhadap Proton akan berubah,” demikian janji Naib Presiden Pembuatan, Yoshiya Inamori.

Menurut Inamori, beliau akan menggunakan pengalamannya sepanjang 35 tahun dalam industri automotif bagi membantu Proton kembali ke landasan tepat dalam pembuatan kenderaan lebih berkualiti.

“Isu kualiti ialah cabaran utama. Saya mahu mengubah persepsi buruk orang ramai terhadap Proton dengan menghasilkan kenderaan lebih berkualiti.

“Perkara pertama yang saya lakukan selepas menyertai Proton pada 1 Oktober lalu adalah memperbaiki segala kelemahan yang ada. Selepas hampir dua bulan, saya dapat melihat perubahan ketara dari segi kualiti dan penghantaran kenderaan kepada pelanggan tepat pada masa.

“Bukan saja pada model yang akan diperkenalkan kelak, kami turut memperbaiki dan memastikan kualiti pada model sedia ada juga berada pada tahap paling baik.

“Paling penting, saya mahu pelanggan kami dapat pengalaman menyeronokkan selepas beli kenderaan Proton,” tambahnya lagi.

MAHU LETAK PROTON NOMBOR 1 DI MALAYSIA

Sebelum menyertai Proton, jawatan terakhir beliau ialah Naib Presiden PCMA (syarikat kerjasama antara Peugeot dan Mitsubishi Motors Corporation) di Rusia. Sepanjang empat tahun (2013-2017) memegang jawatan itu, Inamori diminta menguruskan keseluruhan operasi kilang dengan memberi latihan kepada 3,000 pekerja selain mengembangkan perniagaan di negara berkenaan.

Namun pada 2014, Inamori berdepan krisis kegawatan ekonomi hingga memaksa syarikat itu mengurangkan pekerja. Bagaimanapun, Inamori berjaya memulihkan syarikat berkenaan sehingga mencatatkan keuntungan pada 2017.

Ketika ditanya kenapa memilih untuk menyertai Proton, Inamori dengan yakin menyatakan beliau mampu mengembalikan zaman kegemilangan Proton dan bertekad mahu meletakkan jenama nasional itu di kedudukan nombor satu.

“Berikan kami masa, saya yakin mampu lakukan!” kata Inamori penuh optimis.

Proton
kilang proton kualiti proton Yoshiya Inamori
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026

    2 Comments

    1. Nizam on 22/11/2017 19:04

      Jaga kualiti dan mempunyai design dan rekabentuk yang cantik seperti kereta korea Selatan. Baru dunia minat nak beli kereta Proton.

      Reply
    2. afishah on 23/11/2017 12:47

      Kualiti & design memainkan peranan penting dlm dunia permotoran. Service lepas jualan mesti juga kualiti dgn alat ganti yg asli di jamin berkualiti. Kalau semua aspek di atas tidak berkualiti tidak ada bermakna utk bersaing dlm dunia permotoran.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.