Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berhenti di Lebuh Raya ‘New Zealand Malaysia’ Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan
Auto Terkini

Berhenti di Lebuh Raya ‘New Zealand Malaysia’ Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan

FarahBy Farah04/02/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengingatkan pengguna supaya tidak menghentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan Lebuhraya Temiang-Pantai untuk tujuan bergambar atau berkumpul.

Amaran itu dibuat berikutan situasi ramai pengguna Lebuhraya Temiang-Pantai, atau sinonim dengan gelaran ‘New Zealand Malaysia’  berhenti untuk berswafoto dan mengambil gambar di situ.

BACA>>>  Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tindakan pengguna yang berhenti secara berkumpulan atau individu itu walaupun bukan kecemasan boleh mengundang risiko tinggi berlaku kemalangan.

Tindakan pemandu itu membahayakan keselamatan orang ramai dan tidak munasabah kerana ia boleh memberikan satu persepsi bahawa tempat itu adalah tempat pelancongan sedangkan kawasan terbabit adalah lebuh raya, perlu diingat jalan raya ini digunakan untuk kenderaan dan jentera bergerak.

“Apabila mereka berhenti secara berkumpulan atau beramai-ramai ia mengganggu kelancaran trafik. Pemandu lain akan bertemu kelompok kenderaan berhenti dan berkumpul di jalan raya akhirnya mengundang kemungkinan berlakunya kemalangan,” katanya dipetik Bernama.

Hanif berkata lagi, sesiapa yang berbuat sedemikian boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah lalu lintas Jalan 1959, iaitu tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh disiasat di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Lebuhraya Temiang-Pantai dibuka kepada orang ramai pada 26 Ogos tahun lalu dan menjadi tular kerana menyajikan pemandangan indah berlatar belakang Gunung Berembun dengan keindahan kehijauan hutan hujan tropika daerah Seremban.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial orang ramai berkumpul dan beriadah dengan berbasikal di kawasan tersebut. Turut kelihatan ada mengambil kesempatan meniaga di kawasan tersebut dengan kenderaan diparkir di lorong kecemasan.

BACA>>>  Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap

SUMBER: Bernama

Auto Terkini jalan temiang-pantai laluan kecemasan lebuhraya new zealand Lebuhraya Temiang-Pantai negeri sembilan
Farah

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.