Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Continental GT (2019) Bakal Masuki Pasaran Asean Tidak Lama Lagi
Roda4

Bentley Continental GT (2019) Bakal Masuki Pasaran Asean Tidak Lama Lagi

Abang HirataBy Abang Hirata30/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA kerap melayari laman sosial milik jutawan muda tempatan, jarang sekali kita lihat mereka bergaya dengan jenama mewah Bentley. Jika ada, mereka bergambar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Bentayga milik keluarga.

Tetapi, jika anda jumpa anak muda memiliki Bentley, percayalah dia ada taste tersendiri berbanding rakan sebaya lain yang cenderung memilih jenama popular seperti Porsche, Lamborghini, Ferrari atau Nissan GT-R. Kepada mereka yang muda di hati atau berjiwa muda, Bentley sebenarnya menawarkan pilihan hebat, Continental GT.

BACA >>> Pemilik Bentley Bentayga Guna Cap Jari untuk Simpan Barang

Model generasi pertama dan kedua mungkin nampak dikhaskan untuk pemilik senior, tetapi berubah menerusi pengenalan Continental GT generasi ketiga yang dilancarkan tahun lalu. Model baharu itu tampil lebih sleek dan pada masa sama masih lagi mengekalkan lenggok badan tradisional sebuah Bentley.

Terbaharu selepas Grand Tourer itu dilancarkan di Australia, New Zealand, Singapura dan Taiwan, Bentley mengesahkan kelibatnya di Asia Tenggara dalam masa terdekat. Untuk rekod, Bentley KL sudah membuat previu model tersebut pada Februari lalu.

ENJIN GERGASI, TRANSMISI DCT

Bentley Continental GT, dilahirkan di Britain, dikuasakan enjin baharu 6.0L turbo kembar W12 TSI dengan ouput kuasa 626hp dan tork 900Nm. Buat kali pertama enjin ‘gergasi’ itu dipadankan bersama transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan untuk operasi tukaran gear yang lebih pantas dan cekap.

Bagi menawarkan pengendalian dan perincian terbaik atas pelbagai bentuk rupa bumi, Continental GT dilengkapkan Sistem Pemanduan Dinamik 48 Volt yang berfungsi mengawal pemanduan dan olengan badan supaya penumpang kekal selesa.

Pemanduan dinamik turut dibantu posisi enjin dianjak ke belakang untuk menambah baik pembahagian berat badan kereta. Hasilnya, sebuah kereta yang memfokuskan pemandu dan bukan mewah semata-mata. Bahagian dalaman Bentley pula tidak perlu diperincikan lagi. Model baharu itu diperhalusi lebih mendalam dengana upholsteri kulit paten berlian dalam berlian (diamond in diamond).

BACA >>> Debut Rasmi Bentley Bentayga V8 Versi Kurang Buas – 542hp, 770Nm

Kerusi penumpang belakang harus diberi pujian tinggi dan Bentley memang boleh diharap dalam memberikan definisi keselesaan untuk standard sebuah kereta mewah. Teknologi informasi dalaman pula lebih canggih melalui penggunaan panel instrumen digital penuh dengan Paparan Putar Bentley yang dilayangkan pada skrin sentuh 12.3 inci.

Seperkara menarik, tiada lagi papan pemuka bentuk ‘air terjun’ dan walaupun segala-galanya digital, Bentley berjaya mengadunkan ciri moden itu dengan tiga meter analog yang begitu klasikal.

GALERI
Bentley Bentley Continental GT kereta mewah Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda4

    Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.