Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bentley Bentayga EWB Azure (2023) Kini di Malaysia, Harga RM1.1j
Roda4

Bentley Bentayga EWB Azure (2023) Kini di Malaysia, Harga RM1.1j

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize15/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BENTLEY Kuala Lumpur melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dengan jarak roda lebih panjang, Bentley Bentayga EWB Azure (2023) untuk pasaran Malaysia.

Bentley Bentayga EWB Azure dibina berasaskan generasi kedua Bentayga, dengan memanjangkan jarak roda daripada 2,995mm (standard) kepada 3,175mm, dan ruang kabin belakang sebanyak 180mm. Panjang kereta ini kini 5,322mm.

BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!
BACA >>> Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah

Tarikan utama Bentayga baharu ini ialah Airline Seat, iaitu tempat duduk termaju yang pernah diletakkan pada kereta dengan 22-tetapan, sistem pengesan suhu berserta teknologi pelarasan postur.

Dalam mod Relax, kerusi Airline Seat boleh disandarkan hingga 40º, manakala mod Business akan meletakkan anda pada posisi lebih tegak.

Kemewahan model ini diserlahkan dengan ciri baharu Bentley Diamind Illumination yang mana lampu akan muncul dari kemasan pintu dan pemilik boleh memilih kombo trim sendiri dengan 24 bilion kombinasi ditawarkan.

Bentley Bentayga EWB Azure (2023) dijana enjin petrol 4.0L V8 Turbo Kembar berkuasa 542hp dan tork 770Nm serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.

Kuasa itu membolehkan SUV mewah ini memecut 0-100kmj sepantas 4.6 saat sahaja, manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 290kmj.

Pengenalan ciri pacuan semua roda Electronic All Wheel Steering memastikan SUV ini tidak kurang dari segi keupayaan dinamik walaupun memiliki jarak roda lebih panjang. Malah, radius putaran 7 peratus lebih kurang daripada Bentayga versi asas, 11.8 meter.

Bentley Bentayga EWB Azure (2023) turut menerima Touring Specification, terdiri daripada paparan dongak (HUD), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan pandangan malam (night vision).

SUV ini dihasilkan di Crewe, Britain dan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1,091,000, tidak termasuk cukai, insurans dan pendaftaran.

BACA >>> Bentley Mulliner Batur (2023) dengan 210g Emas 18 Karat Ini Berharga RM8.8j!
BACA >>> Bentley Flying Spur Hybrid (2022) Tiba di Malaysia, Boleh Isi RON95, Harga Mula RM945k!

2023 Bentley Bentley Bentayga EWB Azure Kuala Lumpur Malaysia Mewah Roda4 SUV
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.