Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bengkel Wajib Siar Senarai Nama Mekanik, Kelayakan, dan Status Alat Ganti
Auto Terkini

Bengkel Wajib Siar Senarai Nama Mekanik, Kelayakan, dan Status Alat Ganti

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA kini boleh memilih bengkel yang mempunyai mekanik berkelayakan apabila Kerajaan memutuskan pengusaha bengkel kini perlu mempamerkan senarai nama mekanik dan kelayakan sijil kemahiran di kawasan mudah dilihat pelanggan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, syarat itu adalah antara beberapa penambahbaikan yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa seluruh negara 1 Julai lalu.

Menurutnya, langkah tersebut akan menggalakkan pengusaha bengkel mempersijilkan mekanik sedang bertugas atau menggajikan mekanik yang memiliki sijil kemahiran.

Selain itu, kriteria lain adalah pengusaha perlu menyatakan dengan jelas kategori alat ganti yang digunakan sama ada baharu, terpakai atau yang sudah dibaik pulih untuk diguna semula.”

Salahuddin berkata pindaan peraturan juga mengkehendaki pengusaha menyatakan dengan jelas kategori alat ganti digunakan sama ada baharu, terpakai atau yang telah dibaik pulih untuk diguna semula.

Ini bagi memastikan pengguna mengetahui jenis kategori alat ganti digunakan untuk pembaikan atau pengubahsuaian kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Salahuddin, pindaan peraturan berkenaan sudah diwartakan 22 Jun 2022 selepas beberapa siri libat urus dengan pihak industri dan sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai tahun sama.

Bagaimanapun penguatkuasaannya ditangguhkan selama setahun bagi membolehkan pihak industri membuat persiapan sebelum penguatkuasaan ke atas peraturan itu dibuat sepenuhnya bermula 1 Julai 2023.

“Tempoh penangguhan bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 sudah tamat pada 30 Jun 2023 dan peraturan ini berkuat kuasa sepenuhnya Bahagian Penguatkuasa KPDN seluruh negara pada 1 Julai 2023.

“Sekiranya berlaku pelanggaran atas ketidakpatuhan kepada peraturan ini boleh dikenakan tindakan seperti diperuntuk bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599),” katanya lagi.

BACA >>> Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas
BACA >>> Bengkel Kenderaan Kena Kompaun Sebab Tak Pamer Harga

SUMBER: Bernama

bengkel Datuk Seri Salahuddin Ayub Mekanik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sijil kelayakan Sijil kemahiran Workshop
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.