Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benelli Sedang Bangunkan Kapcai Dua Silinder 200cc untuk Pasaran Malaysia?
Auto Terkini

Benelli Sedang Bangunkan Kapcai Dua Silinder 200cc untuk Pasaran Malaysia?

AryonBy Aryon02/08/20196 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBENARNYA pasaran segmen kapcai mula mengecil di Asean seperti Thailand dan Indonesia yang menyaksikan pembeli motosikal di dua negara itu mula beralih kepada segmen skuter dan sportbike aras mula.

Namun kapcai belum mati kerana kubu kuat pasaran segmen moped itu kini bertapak kuat di Vietnam dan Malaysia. Jadi tidak hairanlah dua negara tersebut saling bersilih ganti memperkenalkan model-model kapcai baharu. Malah pasaran kapcai meroket naik dengan pengenalan segmen super moped yang dikuasakan enjin 150cc ke atas.

BACA >>> Baru Seminggu Beli Motor, Kepala Yamaha Y15ZR V2 Sudah Kena Curi

Harus diakui Yamaha Y15ZR ialah pencetus kepada trend super moped di Malaysia walaupun secara faktanya, Suzuki lebih awal memperkenalkan kapcai berenjin besar menerusi Belang 150. Selepas itu satu persatu pengeluar memperkenalkan model super moped masing-masing. Honda ada RS150R, Benelli ada RFS150i dan SYM pula tampil dengan VF3i berenjin 185cc yang merangkul gelaran kapcai paling berkuasa di planet Bumi. Modenas pula? (krik krik krikkk…)

Panjang betul mukadimah. Soalannya, adakah 185cc ialah had sesaran enjin tertinggi yang mampu ditanggung kapcai?

KAPCAI 200cc BAKAL MUNCUL?

Khabar ini agak mengejutkan juga, tetapi berbaloi juga dijadikan spekulasi kerana bersumberkan salah satu pengedar rasmi Benelli di bawah MForce Bike Holdings Sdn Bhd, juga syarikat induk sama yang memasarkan model-model SYM di Malaysia.

Berdasarkan laman Facebook Weng Motor, Benelli kini sedang mempersiapkan super moped baharu yang bakal mengambil alih takhta SYM VF3i sebagai kapcai paling berkuasa di planet Bumi. Kapcai itu nanti akan dikuasakan enjin dua silinder 200cc yang khabarnya dibangunkan pasukan jurutera Benelli khas untuk pengguna Malaysia! Wow wow wow!

Dengan tanda pagar #RFS200 pada akhir status, kita dapat mengagak itulah nama baharu kapcai tersebut yang diambil sempena model si adik, RFS 150i.  Tetapi tidak diketahui sama ada ia akan menggantikan RFS 150i, atau dijadikan varian tambahan dalam segmen kapcai Benelli.

Jadi apa yang boleh kita bayangkan ialah deruman ekzos menggetarkan jiwa yang diledakkan daripada enjin dua silinder. Kuasa dihasilkan pula semestinya pasti melebihi angka 20hp, manakala tork mampu mencapai 19Nm ke atas, dan tolong jangan tanya pasal top speed!

BACA >>> Benelli RFS150i Perkenal Grafik, Warna Baharu dengan Tambahan Versi SE!

Bagi mengimbangkan prestasi dihasilkan, kami menjangka casis dan frem akan jadi lebih besar dan lebar. Kita boleh bayangkan saiz skuter maksi sebagai perbandingan. Tetapi memandangkan belum ada kapcai yang berkuasa setinggi itu, ia kekal menjadi rahsia dan tanda tanya serta diselubungi misteri.

Auto Terkini benelli benelli rfs 150i Benelli RFS 200i Mforce Bike Holdings Sdn Bhd Moped Spekulasi Super Kapcai super moped underbone Weng Motor
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026

    6 Comments

    1. Senusi B.Osman on 25/05/2019 13:11

      we prefer 4 storke, 1 plug

      Reply
      • yon on 31/05/2019 05:03

        omg twin parallel it would be more torque and acceleration especially get more 200cc.

        Reply
    2. Kawkaw on 31/05/2019 09:09

      Agaknya bila Dua silinder 6 biji plug digunakan

      Reply
    3. Sharifuddin on 02/08/2019 15:32

      Takut dgn perubahan terbaik ni menyebabkan harga pasaran pon akan melonjak naik. Selaku pengguna rfs mengharapkan upgrade ini mampu mengekalkan ‘harga mampu beli’ bila launch nanti

      Reply
    4. wak on 07/08/2019 14:03

      Agak2 top speed dia boleh lawan Ysuku dgn RS ke? hehehe

      Reply
    5. might on 25/12/2019 10:56

      just make it to your own style and keep it up

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.