Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Benelli Leoncino 500 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM29.2k!
Roda2

Benelli Leoncino 500 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Harga RM29.2k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holding Sdn Bhd (MForce Bike) selaku pengedar motosikal jenama Benelli di Malaysia memberi nafas baharu pada model Leoncino 500 dengan menawarkan tiga skema warna kusam baharu iaitu Matt Red (merah), Matt Green (hijau) dan Matt Grey (kelabu) dengan harga RM29,288.

Pengurus Besar Operasi MForce Bike, Asri Ahmad berkata, model dengan imej retro klasik itu akan diedarkan kepada wakil pengedar sah Benelli pada pertengahan bulan ini.

BACA >>> Kapcai Benelli: Bukan Enjin 200cc, Tapi Suku Liter!

Logo Mforce

Leoncino 500 ialah motosikal gaya versatil yang dilengkapkan teknologi moden seiring peredaran zaman dan cita rasa penunggang masa kini. Model ini direka semula CentroStile Benelli di Itali dengan personaliti khas untuk Leoncino yang mengambil ilham rekabentuk asal kira-kira seabad lalu.

Ikon Singa Pesaro masih berdiri gah atas fender depan yang memberikan keunikan tersendiri berbanding model pesaing retro klasik lain. Trenkuasa Leoncino 500 masih sama seperto model terdahulu, dipacu enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 499.6cc dengan sistem penyejukan cecair.Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan berkuasa 46.9hp @ 8,500rpm dan tork 45Nm.

Ciri lain Leoncino 500 ialah lampu utama dan lampu signal belok LED, kluster meter digital dan sistem suspensi ‘anak singa’ yang terdiri daripada  fork terbalik (USD) dan monoshock boleh laras di belakang.

Sistem henti disandarkan kepada brek cakera kembar 320mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera 260mm dengan kaliper piston tunggal di belakang. Aspek keselamatan dipertingkat dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Leoncino 500 menggunakan set tayar Pirelli Angel 120/70 di depan dan 160/60 di belakang untuk kelancaran prestasi tunggangan tanpa menjejaskan keselesaan penunggang.

Berat kasar sportbike ini ialah 196kg dengan mengambil kira kapasiti saiz tangki minyak yang mampu menampung isian petrol 12.7 liter. Leoncino didatangkan dengan jaminan produk 20,000km atau 2 tahun (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Benelli Leoncino 500 di Malaysia – Harga RM27,999 Sahaja!

Asri Ahmad benelli Benelli Leoncino 500 Benelli Leoncino 500 (2020) CentroStile Benelli MForce Bike Holding Sdn Bhd Singa Pesaro
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.