Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?
Auto Terkini

Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?

AryonBy Aryon30/07/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Honda melancarkan Winner X dengan penampilan serba baharu, tiba-tiba muncul imej yang dikatakan Yamaha Exciter (Y15ZR) generasi baharu di media sosial dengan beberapa pembaharuan teknologi dan enjin.

Sebelum pelancaran Winner X, ramai peminat permotoran Vietnam mendakwa super moped Honda itu kurang mengancam dan sukar menandingi Exciter. Namun,  selepas dilancarkan dan rupa sebenar ditunjukkan secara langsung, barulah masing-masing mengakui model baharu Honda itu ada daya tarik tersendiri. Kata orang, boleh tahan.

BACA >>> Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k

Exciter 155 masih mengekalkan asas rekabentuk sama. Rupa depan cuma berbeza pada lampu utama jenis dwi-kluster

Terbaharu, laman YouTube dari Vietnam, Mich Motorcycle menyiarkan video yang dikatakan sebagai Exciter generasi baharu. Berdasarkan plat nama belakang, model tersebut dipanggil Exciter 155 yang didatangkan dengan teknologi injap variabel, VVA (tertulis pada skrin meter).

BACA >>> #BikinMotor: Lagi Honda Winner X Dibikin, Ada ‘Killer Switch’ dan Sistem Kunci Pintar!

Ada tanda VVA pada skrin meter.

Namun, melihat imej dipaparkan, rupa Exciter 155 itu masih mengekalkan asas rekabentuk sama seperti Exciter versi sekarang. Cuma kali ini menampilkan beberapa perubahan seperti visor angin di panel kepala, lampu utama LED dua kluster, lampu belakang bentuk lonjong, dan bar grip belakang yang nampak seperti bersambung pelana serta kunci pintar. Masih tidak diketahui sama ada Yamaha akan memperkenalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk model generasi baharu ini.

Exciter 155 khabarnya akan dijana enjin silinder tunggal 155cc SOHC dengan VVA, iaitu enjin sama yang digunakan model skuter NVX dan sportbike R15 v3. Jika mengikut spesifikasi R15, Exciter 155 ini akan memiliki kuasa hingga 19hp, meningkat 4hp berbanding model sekarang.

Lampu belakang jenis lonjong. Bar grip nampak separas dengan pelana.

Sebenarnya, berita tentang Exciter dengan enjin VVA sudah pun diperkatakan warga maya sejak setahun lalu. Bagaimanapun, masing-masing kecewa apabila Yamaha masih mengekal enjin sama untuk Exciter versi facelift.

Kini, dengan kemunculan Winner X, desas-desus mengenai enjin VVA untuk Exciter baharu muncul semula. Jika Yamaha tidak melakukan sesuatu, pastinya model itu berada dalam situasi tekanan, lebih-lebih lagi peminat Yamaha sendiri sememangnya menantikan sesuatu yang lebih segar untuk super moped itu. Paling dinanti ialah ciri ABS dan enjin yang lebih berkuasa.

BACA >>> Belum Seminggu di Pasaran, Sudah Ada Lampu Signal Aftermarket Honda Winner X

Mampukah Yamaha menunaikan hasrat itu?

Auto Terkini Foto Bocor roda2 super moped Vietnam Yamaha Yamaha Exciter Yamaha Exciter 155 Yamaha Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026

    5 Comments

    1. Halimah bee bt noor on 01/08/2019 09:04

      Nice design..new generation

      Reply
    2. Anti Ketidakadilan on 08/08/2019 16:41

      tapi sayang2….banyak complain je lebih tapi beli tetap beli..
      melayu2..Jom surpport biz cina!

      Reply
    3. Sufi on 23/09/2019 15:05

      Kawasaki x nak kuarkan super moped 150 cc ke ? Suzuki belang fi edisi moped ke? Ade la kelainan dn pilihan kat pengguna di Malaysia ni..

      Reply
    4. Sivarajan on 20/11/2019 22:05

      Saya berminat y15zr……..

      Reply
    5. Shamsul on 28/08/2020 19:03

      Memang mantap kalau dapat menembusi pasaran malaysia.. ke laut la ysuku..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.