• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Belum Seminggu di Pasaran, Sudah Ada Lampu Signal Aftermarket Honda Winner X

Belum Seminggu di Pasaran, Sudah Ada Lampu Signal Aftermarket Honda Winner X

July 18, 2019 By Aryon 1 Comment

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM sampai seminggu di pasaran, pemilik Honda Winner X sudah pun boleh membeli aksesori aftermarket untuk lampu signal depan super moped itu.

Lampu signal Winner X ialah antara bahagian paling banyak dikomplen kerana posisinya yang dikatakan terjulur keluar (baca: capang) dari fairing sisi dan terdedah kepada risiko patah. Ini tidak sesuai untuk penunggang di bandar besar yang memerlukan mereka menyelit di celahan kenderaan lain atau ketika diparkir.

BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar

Sebenarnya, isu sama juga pernah dikecohkan pengguna Winner sebelum ini, tetapi menurut Honda posisi tersebut ialah atas keperluan homologasi undang-undang jalan raya.

Kelibat Winner X ini dikesan di premis pengedar Honda sendiri di Vietnam.
Lampu signal aftermarket berharga 350,000 dong (RM62)

Terbaharu, muncul di media sosial Vietnam, foto Winner X dipasangkan lampu signal aftermarket pada bahagian dalam, iaitu di bawah lampu utama pada fairing dada. Foto itu dilaporkan dirakamkan di satu premis pengedar Honda, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dipasangkan mekanik Honda sendiri atau mekanik luar.

Jadi sekarang, tiada lagi masalah signal terkulai patah akibat dilanggar atau terlanggar kenderaan lain. Bagaimanapun kelemahannya, perubahan posisi baharu itu membuatkan pengguna kenderaan lain tidak perasan dengan nyalaan lampu signal, terutama dari pandangan sisi.

BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

BUKAN SENGAJA DIREKA CAPANG

honda-winner-x-red-compare-8
honda-winner-x-red-compare-2

Sebenarnya, lampu signal direka capang dan tidak bercantum dengan lampu utama dan belakang adalah sebagai ciri keselamatan baharu supaya pengguna jalan raya lain dapat mengesan kelibat penunggang motosikal atas jalan, lebih-lebih lagi pejalan kaki.

Namun, masalah yang selalu dibisingkan pengguna motosikal ialah kualiti lampu signal pada motosikal mereka yang dipasangkan sekadar cukup syarat sahaja.

Jadi mungkin ini berita baik buat bakal pembeli RS150R baharu di Malaysia nanti.

BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas

SUMBER: Zing.vn

Artikel Berkaitan

4.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Honda, Honda RS150R, Honda Winner X, Lampu Isyarat, Lampu Signal, Lampu Signal Honda Winner X, roda2

Comments

  1. MOKHTAR MOHAMED NOR says

    July 24, 2019 at 12:30 PM

    Rasanya lama dah lampu signal bentuk ni d jual d kedai mrdiy,,sebelum winner ni ujud lagi dah d jual d sana

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my