• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BikinMotor: Lagi Honda Winner X Dibikin, Ada ‘Killer Switch’ dan Sistem Kunci Pintar!

#BikinMotor: Lagi Honda Winner X Dibikin, Ada 'Killer Switch' dan Sistem Kunci Pintar!

July 22, 2019 By Aryon 2 Comments

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI modifikasi dilakukan pemilik Honda Winner X di Vietnam yang baru saja dilancarkan tidak sampai dua minggu di pasaran. Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel ubah suai ringkas ke atas lampu signal belok yang asalnya capang, tetapi dialihkan ke bawah lampu utama, disorokkan di ruang kosong, bawah fairing dada.

BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas

Saiz lampu L4 LED yang kompak.
Lampu signal belok dialihkan pada lampu siang (DRL) di fairing dada.

Modifikasi Winner X ini juga ringkas, tetapi bukan setakat lampu signal belok sahaja. Apapun, lampu signal belok yang capang tetap juga ditanggalkan. Cuma tuan motor ini membuat pendawaian baharu pada lampu siang (DRL) untuk dijadikan lampu signal belok baharu. Bagaimanapun pemiliknya mengakui perubahan tersebut sememangnya mengurangkan aspek keselamatan.

Namun, perubahan paling ketara ialah pemasangan lampu baharu pada panel kepala. Seperti kita tahu, Honda melakukan perubahan signifikan terhadap Winner X dengan mengubah posisi tipikal lampu utama dari panel kepala ke bahagian fairing dada.

BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan

Lampu suluh L4 di panel kepala memberikan bantuan pencahayaan tambahan.

Namun sesetengah penunggang masih percaya perubahan kedudukan asal lampu utama itu menjejaskan pencahayaan. Jadi apa dilakukan pemilik Winner X ini ialah memasang lampu suluh L4 pada panel kepala, manakala suis lampu diletakkan pada posisi yang asalnya corong hon. Suis ON pula disekalikan dengan suis penghidup utama.

Lubang kosong selepas lampu signal belok ditanggal agak besar juga.

Winner X ini turut dilengkapkan dengan sistem kunci pintar (SKS), sama seperti model skuter Honda, diambil daripada Honda SH. Jadi sistem keselamatan versi ubah suai ini membuatkan super moped ini setingkat lebih selamat berbanding model standard.

Suis asal digantikan dengan sistem kunci pintar daripada skuter SH.

Ini menarik, ruang kosong pada panel hendal sebelah kanan kini diisikan dengan suis pemati enjin (killer switch). Juga ada suis lampu utama yang sekarang boleh dihidupkan dan dimatikan. Modifikasi ini secara tidak langsung mengubah penampilan panel stereng Winner X, nampak lebih sofistikated, dan seimbang, serta memudahkan penunggang.

Ada ‘killer switch’ dan suis ON-OFF untuk lampu utama.
Suis di kiri dan kanan membuatkan pemuka hendal nampak seimbang.

Berbanding perubahan pada rupa depan dan pemuka stereng, tiada perubahan dilakukan terhadap badan Winner X, kekal sama seperti versi original. Begitu juga trenkuasa, masih lagi enjin 4-lejang silinder tunggal 149.1cc DOHC dengan teknologi PGM-FI yang dipadukan transmisi klac manual 6-kelajuan untuk kuasa maksimum 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> Belum Seminggu di Pasaran, Sudah Ada Lampu Signal Aftermarket Honda Winner X

Rupa luaran dan enjin kekal tidak berubah.
GALERI
Sekali pandang memang tidak perasan perubahan dilakukan.
Sistem kunci pibtar (SKS) untuk ekstra keselamatan.
Cukup tampan bergaya.
Rupa luaran dan enjin kekal tidak berubah.
Lampu LED L4 memang cukup terang.
Saiz lampu L4 LED yang kompak.
Lampu signal belok dialihkan pada lampu siang (DRL) di fairing dada.
Lampu signal belok ditanggalkan.
Ada ‘killer switch’ dan suis ON-OFF untuk lampu utama.
Suis di kiri dan kanan membuatkan pemuka hendal nampak seimbang.

SUMBER: News.Zing.vn

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: bikin motor, Honda, Honda Vietnam, Honda Winner X, Kapcai, Modifikasi, Moped, super moped, ubah suai, underbone

Comments

  1. Kj says

    August 3, 2019 at 9:42 PM

    Assalamualaikum admin. Eksesori brg2 tmbhn tu ade trusted seller yg bole tlg blikn x? Menarik dn trtarik

    Reply
    • AO says

      August 4, 2019 at 8:54 AM

      Winner X pun tak masuk lagi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my