Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Belum Jual Tapi Sudah Kena Recall, BMW Panggil Balik Cuma Sebuah F 850 GS
Auto Terkini

Belum Jual Tapi Sudah Kena Recall, BMW Panggil Balik Cuma Sebuah F 850 GS

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA notis panggil balik dikeluarkan untuk item enjin motosikal seperti rod penyambung (connecting rod), ia patut dianggap pengumuman yang sangat penting kerana melibatkan banyak jenama dan pelaburan masa serta tenaga daripada OEM.

Ada antara jenama melakukan penukaran enjin dan ada juga mengarahkan juruteknik melakukan baik pulih terhadap komponen rosak tersebut.

Kes kali ini sedikit unik apabila BMW Motorrad mengesan masalah rod penyambung yang tidak dipasangkan dengan betul pada model touring BMW F 850 GS.

BACA >>> MV Agusta Lancar Kempen Panggil Balik Terbesar Libat 9 Model Akibat Isu Fork

Namun, kempen panggil balik hanya melibatkan satu motosikal yang masih belum dijual. Merujuk kepada dokuman panggil balik itu, puncanya bermula di Sepanyol apabila BMW mendapati enjin F 850 GS berbunyi teruk.

Selepas dikaji, rupa-rupanya pemasangan rod penyampung tidak dibuat betul, sekali gus memaksa BMW Motorrad melakukan siasatan lanjut. Hasilnya, sebuah motosikal yang dihantar ke Amerika Syarikat (AS) dikesan mengalami masalah sama. Mujurlah model itu belum dijual.

BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS (2019) yang Perlu Anda Tahu

BMW Motorrad menanggung kos penukaran enjin F 850 GS yang bermasalah itu. Buat masa ini tiada lagi laporan lain diterima dan pengeluar motosikal itu percaya tiada model lain terlibat dengan kempen panggil balik tersebut.

SUMBER: AsphaltAndRubber

Auto Terkini BMW BMW F 850 GS BMW F 850 GS (2019) BMW Motorrad Kempen Panggil Balik motosikal Panggil Balik Recall roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.