Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#BeijingAutoShow2024: Debut SUV Konsep Geely Galaxy Starship Buka Peluang Teknologi Masa Depan Proton
Auto Terkini

#BeijingAutoShow2024: Debut SUV Konsep Geely Galaxy Starship Buka Peluang Teknologi Masa Depan Proton

Han OthmanBy Han Othman15/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAKAN kongsi teknologi Proton, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) mempamerkan pelbagai jenis teknologi inovatif dengan mengajak media tempatan ke Pameran Auto Beijing (Auto China) 2024, baru-baru ini d.

Antara model konsep ditayangkan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV)  berteknologi tinggi, Galaxy Starship yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.

Kunjungan bersama media Malaysia terpilih ke pameran itu memberikan peluang besar buat Proton untuk memanfaatkan teknologi futuristik Geely dan menawarkan pandangan mengenai teknologi masa depan yang mungkin dapat diadaptasi.

Dengan langkah global ke arah kenderaan tenaga baharu, paparan Geely juga termasuk mempamerkan perkembangan terobosan dalam trenkuasa elektrik dan hibrid, serta pengenalan arkitektur termaju seperti Arkitektur Pengalaman Lestari (SEA) dan Arkitektur Modular Kompak (CMA) untuk model masa depan.

Galaxy Starship dibina berasaskan Arkitektur Elektrik Geely dan menyepadukan pelbagai teknologi trenkuasa dengan memperkayakan pengalaman pengguna menerusi kecerdasan buatan  (AI) yang disokong perisian FlymeAuto daripada pengeluar elektronik dari China, Meizu.

Pintu sayap camar besar terbuka luas menyerlahkan ruang kabin dengan tempat duduk multifungsi yang mempamerkan rekabentuk masa depan dalaman kenderaan.

Selain pendapat umum dan mempamerkan arah rekabentuk teknologi dalam pameran kali ini, debut Galaxy Starship boleh dimasukkan dalam strategi produk Proton untuk menggabungkan ciri canggih dan meningkatkan prestasi rentas model masa depan pengeluar nasional itu.

Media juga bermelihat lebih dekat model ketiga smart berasaskan SEA, iaitu SUV smart #5 dengan binaan kukuh dan lasak. Dengan ketibaan smart #3 (foto atas) yang bakal tiba di Malaysia tahun ini, barisan model smart ditawarkan adalah kerjasama antara Geely, dan Daimler Group.

Selain menghadiri Auto China 2024, media juga dijemput memandu uji pelbagai model Geely Group dan lawatan ke fasiliti canggih pengeluar itu di Institut Penyelidikan Geely (GRI), Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Trenkuasa Geely di Teluk Hangzhou.

Sesi pandu uji media juga diadakan di litar Beijing Goldenport Motor Park melibatkan model EV terbaharu bawah Geely Group yang mana semua pengalaman tersebut membuka mata rakan media mengenai aplikasi praktikal teknologi seperti trenkuasa Thor dan teknologi yang berpotensi diadaptasi model EV Proton pada masa depan.

Logo Proton
proton
LI CHUNRONG

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata;

Walaupun tiada model dipamerkan melibatkan kerjasama Geely dan Proton, kami tetap rasa ini peluang penting untuk mempamerkan model dan teknologi yang mungkin disesuaikan pada masa depan.

“Rakyat Malaysia dijangka dapat menikmati lebih banyak platform global Geely dan arkitektur tenaga baharu pintar yang digabungkan dalam model Proton pada masa akan datang, sekali gus memacu era baharu AI komprehensif dalam industri automotif Malaysia.”

Auto China 2024 Auto Terkini Dr. Li Chunrong Geely Auto Geely Galaxy Starship 2024 Geely Group model konsep Pameran Auto Beijing 2024 Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.