Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?
Auto Terkini

Beginikah Rupa Motosikal Harley-Davidson Enjin Kecil?

AryonBy Aryon30/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AWAL tahun ini, Harley-Davidson ada mengumumkan rancangan mahu menawarkan motosikal bersesaran kecil dalam usaha meluaskan pasaran ke rantau Asia, terutama India. Pada masa itu pengeluar dari Amerika Syarikat (AS) itu sedang mencari rakan kongsi untuk merealisasikan impian besar tersebut. Nampaknya Harley sudah berjumpa dengan guru motosikal kecil.

Lakaran di bawah ini dihasilkan editor Young Machine, Ichi dengan mengubah blok enjin Street 500 kepada nadi silinder tunggal dan dipasangkan untuk jentera flat-track diilhamkan daripada rekabentuk model H-D elektrik yang diperkenalkan awal tahun ini.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

[Atas] Lakaran motosikal elektrik Harley-Davidson, tangki gaya XR 750-style dan pelana big ant. [Bawah kanan]Proses pembuatan mock up tanah liat model baharu – Xray 750. [Bawah kiri] Model penyejuak cecair baharu dengan ciri khas motosikal India – gad ‘Sari’ untuk mengelak pakaian terjerut masuk dalam enjin.
Perincian lakaran cukup mengagumkan dan nampak cukup real, tida seperti imej janaan komputer (CGI). Malah, kalau ditunjukkan kepada sesiapapun akan mengatakan itu ialah model Harley-Davidson sebenar.

Menurut laman web itu, Harley-Davidson sudah menjalinkan kerjasama dengan TVS Motor yang memiliki kepakaran dalam pembuatan model 250cc-500cc. Pengeluar motosikal dari India itu memiliki pengalaman besar dalam menghasilkan model sesaran kecil, termasuk barisan 160cc hingga 310cc dengan jenama sendiri, malah sudah bekerjasama dengan BMW untuk mengeluarkan G310.

BACA >>> Berita Gembira!!! BMW G 310 RS Kini di Malaysia – Harga RM29,900!

Pembinaan platform baharu ialah sebahagian pelan jangka panjang Harley-Davidson yang didedahkan pada 30 Julai lalu dalam usaha memulihkan imej jenama itu yang sinonim dengan penunggang matang. Rancangan empat tahun itu melibatkan pengenalan model yang lebih remaja, termasuk elektrik.

Bagi pasaran motosikal yang kecil di Malaysia, tidak diketahui adakah negara kita termasuk dalam radar jajahan baharu Harley-Davidson. Namun, kelompok peminat jenama Amerika itu bukan sedikit, jadi potensi dibawah masuk itu sentiasa ada. Sama seperti BMW memperkenalkan model G 310 R pada 2017. Malah, harga baharu model Harley-Davidson itu juga dijangka dalam julat harga lawannya itu, iaitu di bawah RM30,000.

SUMBER: YoungMachine

Auto Terkini Harley-Davidson Janaan Komputer (CG) roda2 TVS Motor young machine
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.