Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Berita Baik!!! BMW G 310 R Kini di Malaysia – Harga RM26,900 Seunit
Roda2

Berita Baik!!! BMW G 310 R Kini di Malaysia – Harga RM26,900 Seunit

Abang GYLBy Abang GYL09/08/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MASA dinanti-nanti kini tiba. Berita baik buat anda yang sedang ternanti-nanti kehadiran motosikal BMW G 310 R! Jentera roadster itu kini secara rasmi diperkenalkan ke pasaran Malaysia.

Buat mereka yang mahu melihat lebih dekat BMW G 310 R, pastikan hadir ke Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Malaysia Asia Tenggara pada 12 dan 13 Ogos 2017 di Sepang Motorcross Track.

HARGA

  • BMW G 310 R – RM26,900

* Harga atas jalan termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan.

Harga BMW G 310 R MalaysiaENJIN 313CC

BMW G 310 R dipadankan nadi 313cc silinder tunggal penyejukan cecair. Hasilnya mampu menghamburkan kuasa sebanyak 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm (7,500rpm) serta mematuhi piawaian emisi Eropah, Euro 4.

Dari aspek bahan api, BMW G 310 R mencatatkan penggunaan 3.3L per 100km. Hantaran kuasa ke roda belakang diuruskan kotak gear 6-kelajuan.

Jentera ini seberat 158.5kg, manakala sistem suspensi depan daripada jenis fork terbalik (USD) dan suspensi belakang dipadankan lengan ayun aluminium berserta strut spring yang dipasangkan terus di atas.

Sama seperti semua barisan motosikal BMW lain, BMW G 310 R dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard, yang menggabungkan satu sistem brek berkuasa dengan ABS dua saluran.

Roda depan dipasang brek cakera tunggal bersama kaliper 4-piston dan cakera brek berdiameter 300mm untuk memastikan jentera dapat dihentikan dengan stabil dan meyakinkan. Roda belakang disempurnakan kaliper apung 2-piston bersama cakera brek bersaiz 240mm.

BACA >>> KTM Duke 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini – Sila Kumpul Duit Siap-Siap !!!

Harga BMW G 310 R Malaysia
BMW G 310 R Malaysia

PESAING

Apa yang pasti, BMW G 310 R bakal bersaing dengan KTM 390 Adventure, Kawasaki Versys 250 dan Suzuki V Strom 250.

Persoalannya, mampukah model ini memberi cabaran kepada pesaing lain? Kepada anda yang mahu mendapatkan motosikal BMW di bawah harga RM30,000, semestinya BMW G 310 R boleh dimasukkan dalam senarai pilihan.

GALERI

Harga BMW G 310 R Malaysia
BMW G 310 R Malaysia
BMW G 310 R Malaysia
Harga BMW G 310 R Malaysia
BMW G 310 R Malaysia
BMW BMW G 310 R BMW G 310 R 2017 Malaysia BMW G 310 R Malaysia BMW Roadster Harga BMW G 310 R Harga BMW G 310 R 2017 Malaysia pesaing BMW G 310 R Spesifikasi BMW G 310 R Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
    Auto Terkini

    Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

    09/03/2026

    2 Comments

    1. abd jamal on 28/08/2017 10:16

      Siapa ejen2 yg di lantik untuk mengedarkan bmw 310 ini?

      Reply
      • ABG GYL on 28/08/2017 11:47

        Semua pengedar BMW di Malaysia

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.