• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Duke 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Sila Kumpul Duit Siap-Siap !!!

KTM Duke 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini - Sila Kumpul Duit Siap-Siap !!!

May 30, 2017 By Abang GYL 5 Comments

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KTM 390 Duke 2017 Malaysia
BERITA baik buat mereka yang ternanti-nanti kehadiran KTM Duke 2017. Menurut sumber 'orang kuat' di KTM Malaysia, barisan model Duke 2017 iaitu 200 Duke, 250 Duke dan 390 Duke sah masuk Malaysia tahun ini.

Ketiga-tiga barisan model Duke tersebut dijangka menjengah pasaran tempatan sekitar suku ketiga atau keempat tahun ini (Julai - Disember 2017). Namun tarikh tepat tidak dinyatakan oleh sumber berkenaan. Begitu juga maklumat harga, di mana sumber tersebut tidak mendedahkan tanda harga bagi ketiga-tiga model itu. Kami menjangka harga jualan berlegar sekitar versi sedia ada di pasaran sekarang.

Apa yang pasti, kedatangan ketiga-tiga model KTM Duke 2017 bakal menggembirakan mereka yang memang ternanti-nanti kehadiran motosikal buatan Austria itu. Sebelum menanti ketibaan tiga beradik itu, apa kata kita lihat dahulu apakah keistimewaan KTM Duke 2017;

1. KTM 390 DUKE 2017

KTM 390 Duke

Model KTM 390 Duke 2017 pertama kali dipamerkan pada Pameran Motor Milan (EICMA) 2016. KTM 390 Duke 2017 tampil dengan imej agresif menerusi segudang ciri serba baharu. Paling menarik perhatian ialah rekabentuk badan yang mirip abang besarnya, KTM 1290 Superduke dengan rekaan lampu depan diasingkan kepada dua.

Perubahan paling ketara ialah bahagian frem yang dilakukan bagi menambah baik pengendalian prestasi jentera ini. Malah, motosikal naked ini 10kg lebih ringan dengan berat keseluruhan 149kg berbanding model terdahulu. Bahagian enjin masih kekal sama, yakni 373cc silinder tunggal dengan kemampuan menghasilkan kuasa setinggi 44hp dan tork 37Nm.

BACA>>> #EICMA2016: KTM 390 Duke Kini Lebih Mengancam dan Terkini

2. KTM 200 DUKE 2017

Berlainan pula dengan KTM 200 Duke 2017, ia masih mengekalkan gaya lama dengan desain grafik yang dikemas kini. Motosikal ini mampu menghasilkan kuasa 24.7hp pada 10,000rpm dan tork 19.2Nm pada 8000rpm. Bahagian roda disembur warna jingga supaya tampil sporty, manakala rekabentuk lain masih kekal sama dengan edisi MY 16.

BACA >>> KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan - Harga Bermula RM115,000

3. KTM 250 DUKE 2017

KTM 250 Duke Malaysia

Lampu depan KTM 250 Duke 2017 pula tidak didatangkan dengan ciri LED, serta tidak dilengkapi skrin TFT bagi mengurangkan kos. Dijana enjin 250cc silinder tunggal dengan penyejukan cecair, motosikal ini berupaya menghasilkan kuasa 29.5hp dan tork 24Nm. Frem juga masih sama dengan 390 Duke, manakala brek cakera depan sedikit kecil dengan ukuran 300mm.

GALERI

ktm 250 duke 2017
2017-ktm-duke-390-front-three-quarters
KTM 390 Duke
KTM 250 Duke Malaysia
ktm duke (3)
2017-ktm-duke-390-front-three-quarters-right-side
ktm-200-duke-2017
KTM 390 Duke 2017
2017-ktm-390-duke-tft-instrument
2017-ktm-duke-390-top-view
2017-ktm-duke-390-rear-three-quarters-cornering
ktm-250-duke-2017
ktm-200-duke-2017-2
ktm-200-duke-2017-3
ktm-250-duke-2017-2
2017-ktm-duke-390-rear-three-quarters-standstill
2017-ktm-duke-390-instrument-panel-and-handlebar
2017-ktm-390-duke-front-view
2017-ktm-390-duke-corner
5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harga KTM 200 Duke 2017, Harga KTM 250 Duke 2017, Harga KTM 390 Duke 2017, KTM 200 Duke (2017), KTM 200 Duke 2017 Malaysia, KTM 250 Duke (2017), KTM 250 Duke 2017 Malaysia, KTM 390 Duke (2017), KTM 390 Duke 2017 Malaysia, KTM Duke 2017, ktm malaysia

Comments

  1. Jag says

    September 16, 2017 at 7:52 PM

    Buatan India bukan Austria.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my