Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bastianini Kuasai GP Perancis 2022, Muncul Juara Tiga Kali Musim Ini!
Auto Terkini

Bastianini Kuasai GP Perancis 2022, Muncul Juara Tiga Kali Musim Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENEA Bastianini meneruskan impian musim 2022 menerusi pasukan Gresini dengan memenangi GP Perancis minggu lalu yang menyaksikan pencabar Francesco Bagnaia (Pecco) terbabas pada enam lap terakhir dalam saingan merebut gelaran juara.

Selepas ketinggalan di belakang, rakan sepasukan Ducati Team, JackMiller pada awal saingan, Bagnaia mendahului saingan selepas pelumba Australia itu tersilap langkah membuka laluan.

BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
BACA >>> Bastianini Juara Lagi, Aksi Marquez Jadi Tumpuan di GP Amerika

Bagnaia dengan jentera GP22 memburu kemenangan kedua GP berturut-turut, manakala Bastianini bersama jentera GP21 pula mencari kemenangan ketiga musim ini.

Bastianini dan Bagnaia bersaing sengit dalam baki perlumbaan yang tinggal tujuh lap sebelum Pecco terbabas, yang juga kali kedua dia gagal menamatkan perlumbaan musim ini.

Kesilapan itu membolehkan Miller berada di tempat kedua, manakala Aleix Espargaro (Aprilia) dan Fabio Quartararo (Yamaha) bersaing merebut tempat terakhir podium. Bagaimanapun, kemenangan menjadi milik Espargaro untuk menjejak podium kali ketiga berturut-turut.

Hujan turut menjadi cabaran sepanjang perlumbaan. Semua pelumba memilih tayar belakang jenis lembut dengan pilihan sama ada tayar lembut atau sederhana keras untuk roda depan. Pelumba KTM, Brad Binder, Miguel Oliveira dan Remy Gardner pula memilih menukar tayar depan jenis keras pada saat akhir.

Juara bertahan, Quartararo memulakan saingan di barisan kedua, tetapi terperangkap di belakang barisan pelumba lain, termasuk kem Ducati.

Bagaimanapun, impian pelumba Perancis daripada Monster Yamaha itu untuk mencatat kemenangan GP pertama di tanah air sendiri sejak 1954, gagal selepas tercicir ke posisi kelapan pada lap pembukaan.

BACA >>> Quartararo: “Bukan Masalah Aku Pelumba Yamaha Lain Bergelut”

Bagnaia memintas Miller selepas beberapa lap, manakala Bastianini merapatkan jurang untuk membentuk tiga pelumba Ducati di depan selepas kemalangan dramatik pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins. Rakan sepasukan, Joan Mir berada di kedudukan keempat dengan menerima asakan awal Takaaki Nakagami (LRC Honda), tetapi membuka laluan kepada Marc Marquez untuk memintas dua pelumba tersebut.

Quartararo berjaya menyelit di posisi keenam antara Espargaro dan Marquez.

BACA >>> #TahukahAnda: Ini 8 Inovasi Motosikal Moden yang Anda Perlu Tahu

Berbekal 16 lap terakhir, Bastianini memintas Miller selepas menyedari Bagnaia semakin ke depan. Mir terbabas, sekali gus mengakhiri saingan Suzuki dalam GP Perancis 2022. Ini membolehkan Espargaro dan Quartararo beranjak satu posisi ke depan, tetapi masih kekal belakang Miller.

Seorang lagi pelumba Ducati, Johann Zarco dihukum turun posisi enam ke sembilan di grid kerana menunggang perlahana dan mengganggu Pol Espargaro (Repsol Honda) pada sesi kelayakan. Bagaimanapun, Zarco meneruskan saingan dan pelumba Pramac Ducati itu berjaya memintas Marquez untuk kedudukan keenam pada 10 lap terakhir. Apabila Bagnaia terbabas, Zarco naik satu lagi anak tangga.

Quartararo sekali lagi menjadi pelumba Yamaha dalam ranking 10 terbaik apabila rakan sepasukan, Franco Morbidelli menamatkan saingan di posisi ke-15.

Malang buat dua pelumba KTM Tech3, Remy Gardner dan Raul Fernandez terbabas pada awal saingan. Pelumba Factory KTM, Miguel Oliveira juga menyertai senarai pelumba gagal menamatkan perlumbaan, senasib Binder (WithU Yamaha RNF). Pelumba Mooney VR46 Ducati, Marco Bezzecchi menamatkan saingan di tangga ke-12 iaitu di depan Fabio di Giannantonio (Gresini Ducati).

Aksi seterusnya ialah GP Itali yang dijadualkan berlangsung di Mugello, pada 27-29 Mei ini.

BACA >>> Suzuki Tarik Diri MotoGP Hujung Musim Ini?

SUMBER: Crash

2022 GP Perancis Aleix Espargaro Alex Rins Brad Binder enea bastianini Fabio Quartararo Francesco Bagnaia Joan Mir Marc Marquez Miguel Oliveira Remy Gardner Takaaki Nakagami
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi Bersama Ducati

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.