Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Baru Sebulan, 1,400 Unit Honda BR-V Facelift Sudah Ditempah
Auto Terkini

Baru Sebulan, 1,400 Unit Honda BR-V Facelift Sudah Ditempah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Baru saja dilancarkan sebulan lalu, Honda BR-V (2020) versi dipertingkat (facelift) sudah menerima lebih 1,400 unit tempahan.

Sejak diperkenalkan pada 2017, BR-V pantas menjadi antara model 7-kerusi popular di Malaysia dengan mencatatkan 32,600 unit jualan. Model versi facelift diperkenalkan pada 2 Jun lalu dalam dua varian E dan V dengan penampilan lebih segar dan ciri dikemas kini.

BACA >>> Honda BR-V (2020) Facelift Kini di Pusat Jualan, Harga Mula RM89k

 

Majoriti tempahan datang dari zon Tengah, iaitu sebanyak 42 peratus, dan 85 peratus tempahan memilih varian V, manakala selebihnya varian E. Warna pula, 24 peratus pembeli memilih warna Modern Steel Metallic.

Antara pembaharuan ditampilkan BR-V (2020) facelift untuk varian V ialah gril depan baharu, bampar depan baharu dengan kemasan bawah, rim aloi 16 inci dwi-tona baharu, antena sirip yu baharu, penapis kabin, penghidup tanpa kunci (keyless)  dan lain-lain.

Varian E pula dipertingkat dengan pembesar suara twiter, lampu but, penapis kabin, paparan audio 7 inci, pedal syif, kerusi kemasan kulit dengan sulaman benang merah, tombol gear dengan benang merah dan pelbagai lagi.

Berikut harga BR-V (2020) facelift di Malaysia:

  • BR-V E – RM86,726 (Standard) | RM86,998.73 (White Orchid Pearl)
  • BR-V V – RM93,420.27 (Standard) | RM93,693 (White Orchid Pearl)

BR-V dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC  berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan transmisi CVT. SUV ini adalah pilihan ideal untuk pelanggan berkeluarga kerana direka untuk ekstra keluasan untuk penumpang dan muatan barang.

BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK

Auto Terkini autoterkini Crossover Honda Honda BR-V Honda Malaysia Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV tempahan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.