Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bagaimanakah Cat Boleh Hilangkan Calar Seperti Kawasaki Ninja H2 (2019)?
Autotainment

Bagaimanakah Cat Boleh Hilangkan Calar Seperti Kawasaki Ninja H2 (2019)?

AryonBy Aryon04/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA ciri baharu Kawasaki Ninja H2 (2019) ialah lapisan cat khas yang mampu membaik pulih sendiri (self-healing) kesan calar, sekali gus mengekalkan kemasan warna berkualiti tinggi pada motosikal itu.

Tetapi apakah itu cat pulih sendiri? Benarkah ada cat seperti itu?

Sebenarnya Kawasaki bukanlah satu-satunya pengeluar automotif yang memperkenalkan cat pulih sendiri. Namun, dalam arena dua roda, Kawasaki ialah pengeluar motosikal pertama yang menawarkan ciri tersebut sebagai kemasan asal dari kilang.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 (2019) Facelift dengan Kuasa 228bhp dan Cat Boleh Hilang Calar

Paling awal ialah pengeluar jenama mewah Jepun, Infiniti yang memperkenalkan cat regeneratif pada 2004. Selepas itu banyak premis cat mula menawarkan produk cat aftermarket dengan ciri sama kepada mereka yang bosan dengan kemasan konvesional.

Cat pulih sendiri didatangkan dalam dua jenis: lapisan dan aditif. Jenis lapisan akan disalut di atas cat sedia ada, manakala aditif dicampur dengan cat lain sebelum disembur pada permukaan badan kenderaan.

Kedua-dua jenis cat bergantung kepada kepanasan untuk membaik pulih sendiri kesan permukaan yang tercalar, seret atau pusar. Pendedahan kepada matahari biasanya cuma trik, tetapi kadangkala proses itu boleh dicepatkan dengan gan panas (heat gun) atau air suam. Sila semak dengan pengeluar sebelum mencuba.

Kawasaki bagaimanapun setakat ini belum mendedahkan bagaimana sistem cat pulih sendiri itu bekerja, tetapi secara asasnya sama saja seperti cat pulih sendiri sedia ada di pasaran.

Menurut laman web Kawasaki, segmen lembut dan keras dalam lapisan cat akan bekerja bersama seperti terma kimia, mewujudkan kesan trampolin yang menyerap impak. Bagi melihat lebih jelas bagaimana cat pulih sendiri beraksi, mari kita lihat paparan video ditunjukkan Engineering Explained di bawah ini:

Bagaimanapun, cat pulih sendiri ada had dan kelemahan. Ia tidak boleh membaik pulih calar dalam yang menembus lapisan cat atas permukaan badan kenderaan. Jadi janganlah dianggap cat itu begitu ajaib yang sama sekali tidak akan membuatkan kenderaan anda tercalar 100 peratus.

Menurut Kawasaki lagi, cat ini tidak akan pulih jika calar itu disebabkan syiling atau kunci, atau zip (maksudnya zip seluar yang mungkin menggores tangki minyak ketika menunggang)

Proses pemulihan juga mengambil masa. Walaupun ada mendakwa ia mampu bertindak balas cepat, tetapi sesetengah calar pada kereta mengambil masa hingga seminggu untuk dipulihkan. Rasanya, motosikal juga begitu yang juga bergantung kepada cuaca. Seperkara lagi, cat pulih sendiri juga perlahan-lahan boleh hilang keupayaan atau mengalami degradasi selepas beberapa tahun kenderaan anda digunakan.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda

Tetapi tidak pula diketahui berapa lama cat pulih sendiri Kawasaki H2 (2019) mampu bertahan. Apapun, jika anda bakal pemilik superbike itu, anda sepatutnya dimaklumkan jurujual dengan hal tersebut, ataupun mendapatkan maklumat sendiri secukupnya seperti artikel yang sedang dibaca ini.

Kawasaki H2 (2019) bakal tampil dengan penambahan kuasa 30hp berbanding model terdahulu, dan kelajuan superbike itu tidak patut dipertikaikan walaupun tanpa bantuan komputer. Dan ciri cat pulih sendiri kepada mereka yang memang tahu, tidaklah wow sangat, tetapi sekurang-kurangnya memberikan rasa feeling good.

Auto Terkini Calar Pulih Sendiri Cat Hilang Calar CAT™ Infiniti Kawasaki Kawasaki Ninja H2 Kawasaki Ninja H2 (2019) roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.