Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?

Han OthmanBy Han Othman28/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PAM AIR  (water pump) ialah kunci utama dalam sistem pendinginan enjin kereta. Sebarang kegagalan yang berlaku mampu menyebabkan kerosakan teruk ke atas enjin kereta anda. Bagaimanapun, kerosakan boleh dihalang dengan mengetahui sebarang petanda yang perlu diambil berat. Apakah tanda yang menunjukkan pam air kereta anda sedang atau sudah rosak?

Kenapa Sistem Pendinginan Penting untuk Ketahanan Enjin?

Sistem pendinginan bertanggungjawab mengitarkan pendingin (coolant) dari radiator ke seluruh enjin, dan akan menyerap kepanasan daripada enjin sebelum mengitar kembali ke radiator sebelum disejukkan semula.

BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan
BACA >>> Perlu Tak Saya Panaskan Enjin Kereta Setiap Pagi?

Kereta Rosak Baru Perasan Pam Air Ada Masalah?

pam-air-keretaPam air yang beroperasi dengan tali pacu (drive belt) memainkan peranan penting dalam sistem pendinginan. Apabila tali pacu dihidupkan, pam air turut berfungsi dengan mengitarkan coolant ke seluruh sistem pendinginan kereta. Pam air tipikal boleh berakhir pada bila-bila masa apabila jarak perbatuan mencecah 140,000km-190,000km. Bagaimanapun, ada beberapa faktor berbeza yang memaksa alat ganti tersebut diganti lebih awal.

Apa yang penting ialah mengenal pasti tanda-tanda amaran kegagalan pam air supaya dapat bertindak cepat untuk melindungi enjin daripada kerosakan lebih besar. Terdapat banyak kes, pemandu sudah terlambat dan hanya tahu pam kereta sudah tidak berfungsi apabila kerosakan besar sudah terjadi.

Kerosakan boleh dielakkan dengan mengetahui perkara dan simptom yang perlu diperiksa, iaitu sebarang tanda yang memberi isyarat pam air kereta anda akan rosak. Simptom paling biasa ialah bacaan tinggi suhu enjin yang mana tolok suhu melepasi takat julat normal. Antara tanda lain ialah memeriksa teras coolant di sebalik bonet.

Kebocoran coolant ialah petanda jelas bahawa pam air akan atau sudah rosak. Jangan sesekali fikirkan mahu menangguh masa hingga lampu amaran suhu tinggi menyala. Lebih teruk jika anda bersikap menunggu atau abaikan lampu amaran itu. Jika berlaku bersiap sedialah membelanjakan wang yang banyak mencecah ribuan ringgit sebagai kos membaik pulih, termasuk merelakan kereta tersadai lama di bengkel.

Jadi, Apakah Sebenarnya Penyebab Utama Kerosakan Pam Air?

Kami senaraikan di bawah ini punca dan simptom tersebut serta apakah tindakan susulan yang patut dilakukan segera.

1. KARAT DAN KAKISAN

pam-air-karat-kakis

Ditemui atas pam air yang rosak. Sirip pendesak (impeller) pam berhenti berfungsi dan pam tidak lagi mampu menggerakkan pendingin dalam enjin. Karat dan kakisan boleh jadi berpunca akibat pendingin tercemar atau berkualiti rendah, termasuk penutup tekanan (pressure cap) rosak yang menyebabkan air berbuih. Sebelum menggantikan pam air, seluruh sistem pendinginan mesti dikosongkan (flush) dan penutup tekanan digantikan baharu mengikut alat ganti seperti disarankan pengeluar kereta.

2. MENDAPAN TERBINA

pam-air-mendapan

Juga berpunca daripada pendingin tercemar dan berkualiti rendah. Kesannya, berlaku pembentukan enapan, kerak dan mendapan lain di dalam pam air yang mengganggu ia berfungsi dengan baik. Jika berlaku, sistem pendinginan perlu dikosongkan dan diisi semula dengan pendingin berkualiti tinggi sebelum pam air boleh digantikan.

3. PERONGGAAN (CAVITATION)

pam-air-rongga

Rongga wap, atau buih dalam coolant boleh menyebabkan tekanan dalam pam dan merosakkan komponen pam. Penyelesaian terbaik masalah ini adalah mengosongkan sistem pendinginan dan isi semula dengan coolant baru sebelum pam air digantikan baharu.

4. KEBOCORAN PERMUKAAN MOUNTING

pam-air-mounting-bocor

Rembesan, sejatan dan kekeringan menandakan kebocoran daripada permukaan mounting pam. Masalah ini biasanya disebabkan pemasangan yang tidak betul atau salah pasang gasket, bahan kedap (sealant) dan alat ganti lain. Anda boleh perbaiki masalah ini dengan memeriksa pam air dan membetulkannya semula. Jika ada banyak kebocoran, pam perlu diganti baharu. Anda juga perlu menukar gasket dan pengedap untuk menghalang masalah rembesan, sejatan dan kekeringan.

5. LUBANG LELEH BOCOR

pam-air-lubang-leleh-bocor

Kebocoran lubang leleh ialah normal selepas pam baru dipasang. Tetapi, ia sepatutnya tidak berterusan selepas lebih 10 minit. Jika berlaku, sistem pendinginan mungkin mengandungi coolant tercemar dan berkualiti rendah. Anda mesti segera mengosongkan sistem pendinginan dan mengisi semula dengan coolant baharu sebelum menggantikan pam.

6. BERING ROSAK

pam-air-bering-rosak

Kerosakan bering boleh melarat kepada tali pemacu. Gantikan sistem tali pemacu baharu sebelum menukar pam air.

7. SYAF PATAH ATAU ROSAK

pam-air-syaf-rosak

Bahagian ini rosak atau patah disebabkan ada banyak tekanan pada tali pemacu. Ini menyebabkan desakan melampau hingga syaf rosak atau patah. Anda sepatutnya memeriksa sistem tali sawat dan menggantikan puli (pulley), penegang (tensioner) dan tali sawat itu sendiri sebelum menukar pam air.


BACA >>> Robot Hyundai DAL-e Ini Boleh Layan Pengunjung yang Datang Bilik Pameran Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Nozel Pam Minyak Boleh Berhenti Sendiri?

Kegagalan pam air boleh menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin kereta anda. Kini dengan mengetahui tanda-tanda yang disebutkan di atas, anda boleh menghalang sebarang kerosakan susulan atau lebih besar berlaku. Bertindak segera!

SUMBER: Gates Techzone

autotainment car water pump masalah kereta masalah pam air masalah water pump pam air kereta pam air rosak tanda pam rosak tanda water pump rosak tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?

18/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
View 34 Comments

34 Comments

  1. Rhosethanrin on 04/07/2017 20:12

    Kereta proton iswara..sudah ditukar masih juga meter panasnya kurang memuaskan..di tengah tengah..apa sebabnya..

    Reply
    • Farid on 16/10/2017 15:43

      Untuk kereta Iswara adalam normal sekiranya pada suhu operasi biasa, jarum penunjuk berada di tengah – tengah.Memang Iswara macam tu.

      Reply
    • Lyana on 14/02/2018 10:57

      Iswara…Wira…dan kebanyakkan kereta biasa penunjuknya (jarum temperature) berada di tengah2 atau hampir mencecah tengah. Itu normal..

      Kalau bawah sangat bila enjin dah panas pun tak elok. Kalau kereta 2nd hand mungkin termostartnya dah dikeluarkan kerana mengalami panas enjin sebelumnya. Itu sebab bacaan suhu terlampau sejuk sampai jarum bawah sangat

      Reply
    • khairol on 28/05/2018 12:46

      betul tuan. kereta saya pun mcm tu. suda ganti hos suma tp still pandai panas suhunya.. then tiba2 akan mati enjinnya.. apa jln penyelesaiannya?

      Reply
    • Ahmad azizee on 28/11/2019 21:52

      Ada masalah air menitik di sebelah driver adakah waterpump bocor?

      Reply
  2. Ingintahu on 09/09/2017 07:53

    Bagaimane utk elakkan karat pd kereta terutama perkara2 dlm bonet engin. Apabile rosak salah satu tmpt ianya berkaitan dn dpt dilihat karat ade di sane sini…

    Reply
  3. Zainue on 11/01/2018 14:16

    Adakah setuap kali tukar tali sawat. Timeball. Waterpump pun kena tukar juga

    Reply
    • Lyana on 14/02/2018 11:02

      Tak perlu. Tak ada kena mengena. Melainkan kalau enjin panas sebab kemungkinan ada masalah pada water pump, kipas enjin rosak/motor kipas lemah, termostart, head enjin & gasket. Kena check.

      Reply
  4. Megat Fauzi on 10/03/2018 08:26

    Air Tangki Kerap kali perlu tambah. Bila Cuba kesan kerosakan.. didapati ada titisan air keluar dari bawa waterpam bila injin dihidupkan. Pada pendapat tuan… Apa yg rosak? Dan perlu kan saya menukar satu set waterpam baru atau Cuba baiki saja .Kereta Model Proton Pesona Menual.

    Terima kasih atas pandangan Dan maklumat serta nasihat dari tuan.

    Reply
    • ABG GYL on 10/03/2018 13:58

      Mohon rujuk pada pihak lebih pakar tuan. sebab kami tak tengok kereta dan susah bagi pandangan.

      Reply
  5. Rashid on 26/03/2018 07:15

    Salam bos… sy nk tnya bekaitan punca air tngki simpnan bergelegak.. dimana krta dbw dlm 2jam tnpa hnti.radiator br jew servis.. ms brhnti akn kedengarn air mngelegak.

    Reply
    • AO on 26/03/2018 12:06

      Ada banyak sebab. Boleh jadi termostat dah kong. Boleh jadi juga masalah water pump dan radiator fan. Kena suruh mekanik tengok

      Reply
  6. Aziz on 14/04/2018 07:55

    Salam,
    Cooling system proton saya running setelah enjin di matikan.

    Bila tgk jarum suhu dekat meter, suhu dlm keadaan normal.

    Apakah puncanya?
    Terima kasih

    Reply
    • ABG GYL on 15/04/2018 11:16

      Jangan risau, itu adalah normal.

      Reply
      • AIN on 04/12/2019 16:11

        KALAU NAK TUKAR WATERPUMP BOCOR BERAPA KOS YER?

        Reply
  7. Madrozi on 16/04/2018 12:29

    Apakah penunjuk jarum temperature kereta kanci 850 yang normal.

    Reply
  8. U2taz abc on 17/04/2018 09:22

    AssalamuAlaikum ww..
    Kereta Viva 850manual.

    Air panas merembes keatas tangki air, seperti nak termuntah keluar.

    Adakah itu akibat water pump yg rosak?

    Mohon pencerahan
    TQ

    Reply
  9. hasri on 20/05/2018 16:18

    avanza sy sering kn topup air kt tngki simpanan sbb kering. bile sy run engine sambil bukak cap radiator mase engine sejuk.. terdapat buih2 keluar… adakah itu normal?.. sy telah perikasa tiada kebocoran belaku dimana2…

    Reply
  10. John Michael on 22/06/2018 10:54

    Kalau bunyi bising keta pump masalah ka sebab saya da normal kan wiring keta,,,bahagian ridator,,,suhu kurang memuas kan,,,lebih dri setenggah,,kalau pasang ac lagi naik,,

    Reply
  11. albert sio on 31/08/2018 16:33

    Hallo para mekanik disini…Adik nak tumpang Tanya tentang kereta inokom atos sy yg radiator kereta sy ada air ,kipas pun berfungsi dengar Naik tapi kenapa suhu meter kereta sy paparkan suhu tunggu sampai garis merah dengar Tiba Tiba dan kemudian keluar lah kamu check engine dlm meter kereta sy.
    Para mekanik disini boleh tak kasih tau sy apa masalah kereta sy sebelum sy bawa pergi bengkel..Thanks

    Reply
  12. lfcklate on 10/10/2018 17:38

    kelisa saya dah tukar sensor water temp dan termostat tapi rpm naikturun2,hose atas panas sangat tapi yg bawah sejuk je,adakah punca water pump?kalau tggu lama skit naik check engine lepastu fan radiator bila dah pusing xberhenti2.ape puncanye ye?

    Reply
  13. Arsad Mekanik on 14/03/2019 16:50

    Water pump yang karat dan ketat sebabkan suhu air jadi panas dan seterusnya enjin akan berbunyi kasar juga

    Reply
  14. John on 21/03/2019 17:42

    Salam boh.. Sy nk ty btl ker tanggapan ubahawa sekiranya waterpump yg tidak berfungsi dengan baik blh mnyebabkan system aircond terjejas dan kurang berfungsi terutamanya pada waktu jalan jem dan sewaktu parking.. Myvi 1.3 auto

    Reply
  15. zaidi on 17/07/2019 23:49

    kenapa air readiator selalu berkurang

    Reply
  16. JAMALUDDIN on 22/09/2019 18:12

    Saya nak tanya pasai kereta waja mmc saya setiap kali saya panaskan injen kipas berpusing tetapi temperature akan naik dan apabila saya pasang air cond temperature akan jadi normal baik

    Reply
  17. Khairul on 13/11/2019 22:35

    Saya nak tanya..kta saya proton wira..kalau start dan biarkan sekejap air radiator akan keluar dari .biasa air kalau tekan minyak air akan disedut kedalam..apa masalah kta saya.pening dh saya pikir.tpi masih tak tahu lagi apa punca.

    Reply
  18. muhamadkhaliq on 29/11/2019 23:29

    Fan switch pernah tukar tak?mungkin kipas xjln dn sebabkn air radiator tendang ke spare tank. Fan suis akn brfgsi utk jalankn motor fan radiator bila suhu ckup panas 92°c. Maafkn sy klu silap pncerahan..

    Reply
  19. Khairul on 14/03/2020 23:36

    air radiator kerap kurang dan terdapat buih pada radiator. minta pandangan tuan apa masalahnya. perodua myvi se2 2009.

    Reply
  20. Muss on 22/06/2020 00:33

    Enjin panas berbau asap hangit tapi meter temp ok..apa penyebabnya.. Tq

    Reply
  21. Syaz on 18/09/2020 12:14

    Proton satria saya dh tukar double layer…hos bru…cap bru..kipas n moto bru…temperature naik bwah stgah ke stengah n lebih skit dri stengah..tu normal ke tak???ape masalah lagi ye???

    Reply
  22. Anok jati klate on 08/12/2020 16:01

    Alza saya ada bunyi di bahgian water pump.. dah tukar baru brand aisin.. still ada bunyi juga.. apa harus saya buat.. alza tahun 2015.. tensioner pun dah tukar baru.. dan ramai juga pemilik alza kes sama macam ni. Tapi tak dapat jawapan punca bunyi.. tolong tuan..

    Reply
  23. Ku Shaarani on 30/01/2021 20:16

    Jarum temperature x stabil…waktu memandu kadang2 jarum turun abis cuma blum ada naik lebih setengah dan setakat ni blum ada masalah over heat….apa masalah nya?

    Reply
  24. mohd syahidul syahin bin abdul rajak on 26/02/2021 13:03

    kereta kancil bila tekan 80-100km/j enjin semakim panas dan suhu naik lebih separuh bilaa bawa dalam 60km/j baru turun sikit, apaa punca erk ? hmm

    Reply
  25. Mohd syazili Bin ab ghani on 23/08/2021 00:32

    Kereta wira saya selalu temperature naik lepas tu turun balik,.dan enjin jadi
    Semput nak berjalan time macamtu.
    Adakah waterpump dah nak rosak?tq.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15GT?

By Syafie18/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.