Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BAC Mono – Kereta Formula dari Liverpool ke California
Roda4

BAC Mono – Kereta Formula dari Liverpool ke California

Abang HirataBy Abang Hirata23/02/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAC adalah singkatan kepada Briggs Automotive Company, syarikat pengeluar kereta super tempahan khas berasal dari Liverpool, England. Syarikat itu diasaskan dua beradik, Ian dan Neill Brigss yang mengeluarkan kereta super Mono dengan rekabentuk seperti kereta lumba satu tempat duduk atau dipanggil kereta formula.

Sejak dilancarkan pada 2011, BAC Mono memang mendapat sambutan dan kini sudah pun berada di pasaran utama dunia seperti Hong Kong, Jepun dan London. Sewaktu pelancaran di Hong Kong, sebanyak lapan unit BAC berjaya dijual dalam satu malam sahaja.

MASUK PASARAN AS

Terkini, syarikat itu melancarkan BAC USA Inc, antara langkah pertama pengembangan syarikat itu ke pasaran Amerika Utara. Tidak sahaja memfokuskan kepada jualan, BAC juga bakal membuka kilang pemasangan dan pusat penyenggaraan  di Amerika Syarikat (AS). Strategi ini nampaknya senada dengan dasar Donald Trump, Presiden baharu AS yang mementingkan pelaburan dalam negara.

BAC USA yang berpengkalan di Sonoma, California bakal diketuai Mark Rayner yang mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif. Malah, BAC mensasarkan membuka lapan hingga 10 pengedar di AS dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pembukaan operasi di AS adalah berdasarkan kajian industri mendalam. AS ialah pasaran kereta super terbesar dan bermaklumat di dunia, dan salah satu strategi jualan global teratas buat syarikat kami.

“BAC Mono terkini dibekalkan enjin 4-silinder 2.5L Mountune berkuasa 305hp. Kereta dengan berat hanya 580kg itu mampu memecut 0-99.7kmj dalam masa 2.8 saat sahaja.”

– Neill Brigss, Pengasas bersama dan Pengarah Pembangunan Produk BAC

BAC baru-baru ini melancarkan roda hibrid karbon atau carbon hybrid wheel dan mengumumkan penggunaan grafin (graphene), sejenis material yang 20 peratus lebih ringan berbanding gentian karbon dan 200 kali lebih kuat berbanding besi. Menarik tentang BAC Mono, jenama itu masih mengekalkan tradisi pembuatan kereta British yang menggunakan barang, alat ganti dan perkakasan yang bersumberkan negara Inggeris itu.

BAC Mono

 

Auto Terkini BAC BAC Mono Briggs Automotive Company Ian Briggs kereta formula Kereta Sport Neill Briggs Roda 4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.