Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Axia, Bezza Bantu Lonjak 57 Peratus Pengeluaran Perodua Pada Ogos 2024
Auto Terkini

Axia, Bezza Bantu Lonjak 57 Peratus Pengeluaran Perodua Pada Ogos 2024

SyafieBy Syafie20/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENINGKATAN sembilan peratus bulan ke bulan untuk pengeluaran kereta Perodua pada Ogos 2024 dipengaruhi dua jenis model iaitu Perodua Axia dan Perodua Bezza.

Penganalisis RHB Investment Bank, Syahril Hanafiah berkata, bilangan unit Axia dan Bezza yang siap dipasang mengalami peningkatan dengan masing-masing mencatatkan 14 peratus dan 31 peratus pada bulan lalu. Apabila kedua-dua model ini digabungkan, ia merangkumi 57 peratus jumlah pengeluaran kereta Perodua.

Pada waktu sama, Proton juga menunjukkan peningkatan darisegi pengeluaran sebanyak empat peratus, sekaligus membuktikan perkembangan positif bagi kedua-dua pengeluar kereta nasional ini.

Bagi pengeluar kereta bukan nasional seperti Honda pula turut mengalami kenaikan sebanyak lapan peratus pada bulan ini setelah pengeluaran kereta jatuh dua bulan berturut-turut. Berbeza dengan Toyota yang tetap mengalami penurunan dua peratus bulan ke bulan.

Angka pengeluaran kereta ini juga dipengaruhi dua perkara iaitu jumlah pengeluaran industri (TPV) dan jumlah keseluruhan industri (TIV). Sekiranya TPV dapat mengatasi TIV, maka bilangan tempahan tertunggak akan semakin berkurang.

Pada Ogos 2024 juga TIV mencatatkan bilangan 71,162 unit bersamaan pengurangan 2.3 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Bagaimanapun pada lapan bulan pertama 2024, ia telah meningkat sebanyak 5.9 peratus iaitu sebanyak 533,301 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

Oleh sebab prestasi TIV dijangkakan lebih lemah pada September susulan penutupan sementara operasi kilang untuk tujuan penyelenggaraan, kami berpendapat jualan akan kembali normal pada tempoh separuh kedua 2024, dan mungkin jatuh lapan peratus tahun ke tahun.”

“Dengan ini, kami bertindak untuk tidak mengubah wajaran ‘neutral bagi sektor hartanah dengan ramalan TIV bagi 2024 sebanyak 790,000 unit.”

Kebanyakan syarikat pengeluar seperti Proton, Toyota, dan Honda mengalami penurunan jualan unit kereta sebanyak 10 peratus, 17 peratus, dan lima peratus tahun ke tahun.

Berbeza dengan Perodua yang mengalami peningkatan sebanyak 11.6 peratus berbanding 2023 dengan merekodkan jualan bulanan tertinggi sebanyak 34,700 unit.

Jika tidak mengambil kira catatan syarikat pengeluar kereta nasional terbesar itu, TIV pastinya akan susut sebanyak 13 peratus tahun ke tahun pada bulan Ogos.”

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Jualan Perodua 2024 Perodua Perodua Axia Perodua Bezza
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.