Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

Han OthmanBy Han Othman27/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Aveta Care On Wheels

AVETA Motor Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap pelanggan dengan memperluaskan program servis bergerak ‘Aveta Care on Wheels’, bagi menawarkan sokongan selepas jualan lebih pantas, mudah diakses dan menyeluruh di seluruh Semenanjung Malaysia.

Langkah itu menumpukan kepada satu matlamat utama, memudahkan pemilik motosikal Aveta mendapatkan bantuan teknikal di mana saja mereka berada, tanpa perlu menempuh perjalanan jauh atau berdepan tempoh menunggu lama.

Liputan Lebih Luas, Servis Lebih Pantas

Aveta Care On Wheels

Melalui peluasan terkini, Aveta kini memiliki enam unit servis bergerak seluruh Semenanjung Malaysia dengan sokongan pengedar Preferred Plus.

Penambahan itu membolehkan liputan servis diperluas dan mempercepat bantuan di lapangan kepada pelanggan.

Selain itu, perkhidmatan mobile aftersales dan courtesy bike kini ditawarkan di semua pengedar terlibat, yabg memastikan pengalaman pemilikan lebih lancar dan konsisten.

Sokongan Mengikut Wilayah

Aveta Care On Wheels
Aveta Care On Wheels

Bagi memastikan liputan lebih efektif, Aveta turut melantik beberapa pengedar utama mengikut kawasan:

  • KW Keat Wei Motor – Meliputi Kedah termasuk Alor Setar dan Perlis
  • CKT Motor – Meliputi Sungai Petani, Pulau Pinang dan Perak
  • NG Brothers Motor – Meliputi Johor Selatan dari Simpang Renggam hingga Johor Bahru

Selain itu, pasukan servis dalaman Aveta terus menyokong kawasan Lembah Klang, Melaka dan Pantai Timur, sekali gus melengkapkan rangkaian sokongan seluruh negara.

Kolaborasi Pengedar Tingkat Kualiti Servis

Peluasan itu dilaksanakan menerusi kerjasama rapat dengan rangkaian pengedar Preferred Plus yang bukan sahaja menyokong operasi unit servis bergerak, dan turut menyediakan motosikal gantian (courtesy bike).

Pendekatan itu membolehkan Aveta meningkatkan kapasiti servis secara lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti pengalaman pelanggan di setiap titik sentuhan.

Fokus Pengalaman Pemilikan

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, Steven Lim berkata, inisiatif ini memberi penekanan kepada kepuasan pelanggan sepanjang tempoh pemilikan motosikal.

Kami faham bahawa pemilikan motosikal bukan sekadar pembelian, tetapi keyakinan terhadap sokongan selepas jualan setiap hari.

“Dengan kerjasama pengedar Preferred Plus, kami dapat menawarkan servis yang lebih mudah diakses dan responsif,” katanya.

Ekosistem Pemilikan Lebih Kukuh

Aveta Care On Wheels

Peluasan Aveta Care on Wheels adalah sebahagian usaha jangka panjang Aveta untuk membina ekosistem pemilikan berasaskan pelanggan lebih kukuh.

Dengan gabungan kepakaran dalaman dan rangkaian pengedar, Aveta bukan saja memperluaskan capaian servis, tetapi turut meningkatkan standard pengalaman pemilikan motosikal di Malaysia.

Bantuan Sentiasa dalam Genggaman

Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan, pelanggan boleh menghubungi Aveta Careline di talian 012-503 5409, memastikan bantuan sentiasa tersedia bila diperlukan.

Dengan peluasan rangkaian Aveta Care on Wheels, jenama ini membuktikan komitmen bukan sekadar menjual motosikal, tetapi turut memastikan setiap perjalanan pelanggan disokong dengan servis yang cekap, mudah dan diyakini.

Aveta Care On Wheels
Aveta Care On Wheels
Aveta Care On Wheels
Aveta Care On Wheels
Aveta Care On Wheels
aftersales Aveta Malaysia Aveta Care on Wheels mobile service Aveta pengedar Aveta Preferred Plus servis motosikal Aveta Malaysia servis motosikal bergerak Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.