Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoShanghai2025: Chery Tiggo 9L dengan Rekabentuk Berbeza Berbanding Famili Tiggo Lain
Roda4

#AutoShanghai2025: Chery Tiggo 9L dengan Rekabentuk Berbeza Berbanding Famili Tiggo Lain

SyafieBy Syafie02/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CHERY sekali lagi membuat kejutan dengan mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana serba canggih, dipanggil Chery Tiggo 9L di pameran Auto Shanghai 2025, tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapa rekabentuk SUV itu sangat berbeza berbanding model dalam famili Tiggo lain?

SUV itu seakan menjadi ‘bapa’ kepada model seperti Tiggo 4, Tiggo 7, Tiggo 8, dan Tiggo 9 kerana semua model berkenaan ada persamaan dari segi rekabentuk seperti SUV premium.

Namun, selepas lama memikirkan perkara itu, kami mendapati rekabentuk Tiggo 9L sebenarnya bakal menjadi rekabentuk baharu famili Tiggo akan datang seperti gaya Amerika yang nampak lebih rugged.

Walaupun model tersebut hanya model konsep, tetapi ia seakan sudah 90 peratus lengkap dan memberikan petanda bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Jadi untuk perincian dan spesifikasi, Chery Tiggo 9L akan menampilkan pelbagai teknologi canggih seperti tiga motor elektrik dan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Falcon 700.

Nama Chery Tiggo 9L mungkin sama dengan Tiggo 9, tetapi jika dibezakan terperinci, kedua-dua model berkenaan tiada kaitan teknikal atau rekabentuk kenderaan.

Sistem Hibrid Prestasi Tinggi

Chery Tiggo 9L menggunakan sistem hibrid prestasi tinggi Kunpeng Super Performance Hybrid CDM-S, terdiri daripada tiga motor elektrik, dan diperkuat ciri seperti kawalan redaman Continuous Damping Control (CDC) iaitu absorber pintar, serta fungsi ‘Tank Turn‘.

Ada tiga kategori dalam sistem hibrid Kunpeng, iaitu:

  • Penjimatan (CDM/CEM)
  • Prestasi (CDM-S/CEM-S), digunakan Tiggo 9L
  • Off-road (CDM-Q/CEM-Q)

ADAS Falcon 700

Secara mudah, Falcon 700 adalah sebahagian teknologi ADAS Chery yang menggunakan sensor lidar di bumbung dan sensor kamera di fender depan untuk memberikan pemanduan semi autonomi (Tahap 2) dengan ciri Falcon tiga tahap, iaitu 500, 700, dan 900.

Rekabentuk

Dari segi rekabentuk, Chery Tiggo 9L menampilkan lampu bentuk H sebagai simbol ‘Hero’ dan ‘Home’, dan gril depan besar yang dipadankan lampu LED bersambung, manakala fon Chery di belakang pintu but terletak antara lampu belakang mirip gaya premium semasa.

Dari sisi, SUV segmen-D itu menampilkan gerbang roda lebar, pemijak sisi, dan rim aloi 20 inci multi-jejari untuk menyerlahkan karakter sporty gagah.

Chery Tiggo 9L dikatakan hadir dengan konfigurasi 6- atau 7-kerusi yang menjadikan model itu pilihan ideal untuk keluarga besar yang mencari kemewahan dan teknologi dalam satu pakej.

Rekabentuk model tersebut secara tidak langsung akan bersaing dengan model negara Asia seperti Toyota Highlander, Kia Sorento, Hyundai Palisade, dan jenama Amerika seperti Rivian R1S.

Auto Shanghai 2025 Auto Terkini Chery Chery Tiggo 9L Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

    23/07/2026
    Roda4

    JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Roda4

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – SUV Ultra Mewah dengan Enjin 4.0L V8 MHEV

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.