Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#AutoExpo2018: Honda Brio Amaze – Sedan Kecil Gaya Civic+Accord
Roda4

#AutoExpo2018: Honda Brio Amaze – Sedan Kecil Gaya Civic+Accord

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL Honda memang banyak, dan salah satu daripadanya ialah hatchback Brio yang menghuni kategori city car atau segmen-A. Kalau di Malaysia, Brio akan berada sekelas dengan Perodua Axia, Kia Picanto, dan Suzuki Alto.  Brio tidak dibawa masuk berikutan faktor harga dan pasaran segmen itu yang dikuasai pengeluar nasional.

Hari ini, memang susah untuk menidakkan rekabentuk model-model Honda yang boleh dikatakan menepati cita rasa pembeli global. Tetapi lain pula dengan Brio Amaze yang baru dilancarkan sempena Auto Expo 2018 di Delhi, India dengan rekabentuk lain macam hingga mencetuskan cakap-cakap belakang di kalangan pemerhati automotif.

BACA >>> Proton Saga Baharu Diiktiraf ‘Compact Sedan of the Year’

Brio Amaze adalah versi Brio (hatchback) sedan. Kalau mahu perbandingan lebih jelas, situasinya sama seperti Proton Persona yang dibangunkan daripada platform Iriz. Sebenarnya itu bukanlah kes pelik dan sudah menjadi lumrah dalam pembuatan produk automotif masa kini. Sebabnya, kos! Kalau kita masih ingat, antara model di Malaysia yang disedankan daripada versi hatchback ialah Volkswagen Polo, Ford Fiesta, Peugeot 208, dan Nissan Latio.

Honda India memperkenalkan Brio Amaze generasi kedua dalam bentuk sedan kecil (sama kelas dengan Perodua Bezza dan Proton Saga). Kalau dalam famili Honda, sedan ini duduk di bawah City. Sekarang, baik kita berterus terang, rupanya memang pelik. Nampak sangat Brio Amaze terlalu mencuba atau ‘try hard’ untuk meniru rekabentuk Civic Turbo hingga menyebabkan muncung depan terpenyek seperti ditumbuk Salman Khan.

BACA >>> Honda HR-V Facelift Hampir Pasti Lancar di Malaysia Tahun Ini

Sudahnya, bahagian depan Brio Amaze nampak seperti crossover yang disumpah menjadi sebuah sedan. Rekabentuk belakang pula mengingatkan kita kepada model Accord turbo baharu yang nampak seperti sangat mengada-ngada. Agak mengejutkan juga rekabentuk seperti ini mampu melepasi piawaian Honda, atau memang itu sudah jadi taste pembeli di India?

Brio Amaze dijana dua varian enjin 4-silinder: 1.2L i-VTEC petrol dan 1.5L i-DTEC diesel. Apapun, mujurlah Brio tiada dalam senarai model baharu Honda Malaysia. Jadi, Mera boleh menarik nafas lega.

SUMBER: Autonetmagz

Auto Expo 2018 Honda Honda Brio Honda Brio Amaze Honda Brio Amaze (2018) India Roda4 segmen A supermini
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.