Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah
Auto Terkini

Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

SyafieBy Syafie06/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Harga diesel Semenanjung Malaysia

PELAKSANAAN audit menyeluruh terhadap rantaian penjualan diesel di Sabah perlu diperkukuh bagi membanteras ketirisan subsidi bahan api yang berpotensi menjejaskan kestabilan harga barangan dan kos sara hidup.

Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata, audit tersebut perlu melibatkan penelitian terhadap rekod jualan stesen minyak termasuk jumlah liter diesel yang dijual serta pengesahan transaksi bagi memastikan bekalan hanya disalurkan kepada golongan yang layak di bawah mekanisme subsidi bersasar.

Menurut beliau, hasil audit itu membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan termasuk penyelewengan penjualan kepada pihak tidak layak, dan tindakan tegas seperti penamatan operasi perlu dilaksanakan tanpa kompromi.

Kesan Rantaian Ekonomi

Nordin berkata ketirisan subsidi diesel boleh memberi kesan besar kepada ekonomi negeri, khususnya di Sabah yang bergantung kepada sektor logistik bagi pengedaran barangan keperluan harian.

Tambah beliau, kerajaan perlu mempertingkat pemantauan melalui pemeriksaan inventori, invois dan rekod jualan bagi mengesan aktiviti penyorokan bekalan, sekali gus mengelakkan manipulasi harga seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Dalam situasi krisis tenaga global, kenaikan kos diesel akan memberi kesan langsung kepada kos logistik dan seterusnya mempengaruhi harga barangan, terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Perlu Perketat Penguatkuasaan

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan peraturan lebih ketat dan hukuman lebih berat terhadap pihak terlibat dalam penyelewengan subsidi, selain menambah rizab bekalan dan mengawal had pembelian bagi mengelakkan pembelian berlebihan.

Selain itu, pengusaha stesen minyak disaran diberikan latihan khusus bagi mengenal pasti modus operandi penyelewengan termasuk penggunaan kenderaan yang diubah suai.

Nordin turut menekankan kepentingan operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi serta penglibatan masyarakat sebagai “mata dan telinga” pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat dan aduan.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Bahan Api Diesel Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Sabah Subsidi Bersasar
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.