Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi Ubah Penamaan Model, EV dan ICE sama, tiada lagi genap dan ganjil!
Auto Terkini

Audi Ubah Penamaan Model, EV dan ICE sama, tiada lagi genap dan ganjil!

Abang HirataBy Abang Hirata05/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Audi RS 6 Avant GT

SESEBUAH model dan susunan nama yang mempunyai legasi dan reputasi baik patut dikekalkan.

Sebagai contoh Golf, Gold Wing, GT-R, Corolla, Civic, CBR, Myvi, Miata, Saga, Supra, Skyline dan pelbagai lagi.

Pada 2023 Audi membuat keputusan untuk menggunakan nama baharu selari dengan perkembangan kenderaan elektrifikasi.

Audi RS e-tron GT performance

Kenderaan elektrik (EV) menggunakan nombor genap sebagai contoh A6 e-tron atau Q6 e-tron manakala enjin biasa dan hibrid mengikut nombor ganjil seperti A5, A7 dan Q5.

Penamaan begitu satu keputusan logikal bagi memudahkan perbezaan di antara model EV dan enjin biasa.

Audi RS Q8 performance

Nampaknya penamaan tersebut hanya kekal pada model sedia ada di pasaran. Model baharu akan menggunakan format abjad angka (alphanumeric) yang standard.

Audi tidak lagi membezakan di antara EV dan enjin biasa.

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan mendalam dan maklum balas di antara pelanggan dan pengedar antarabangsa.

Audi RS Q8 performance

Kaedah abjad terus kekal untuk membezakan model lantai rendah (A) dan lantai tinggi (Q).

Nombor 1 sehingga 8 mewakili saiz dan kedudukan tidak kira jenis rangkaian kuasa elektrik, hibrid atau enjin tunggal.

Audi RS 3 Sportback

Penamaan gaya badan terus digunakan iaitu Avant, Sedan, Sportback. Ada yang boleh lupakan RS 6 Avant?

Kod rangkaian kuasa juga kekal seperti e-tron (elektrik), TFSI e (hibrid plug-in), TFSI (petrol) dan TDI (diesel).

Audi A6 Avant e-tron

Model pertama yang menggunakan penamaan baharu adalah Audi A6 dengan enjin pembakaran dan bakal dilancar pada Mac 2025.

Perkongsian nama juga lebih mudah sebagai contoh A6 Avant TFSI (petrol) dan A6 Avant e-tron (elektrik).

Seperti yang dinyatakan, penamaan model sedia ada di pasaran tidak akan diusik.

Audi Q5 SUV

Di dalam perkembangan lain dan di kala ketidaktentuan melanda industri, Audi merekodkan 1,671,218 unit penghantaran kenderaan pada 2024.

Angka itu menyusut 11.8 peratus daripada 2023. Jualan EV lebih daripada 164,000 unit dan menyusut lapan peratus.

Daripada lebih 1.6 juta unit kenderaan, Q5 paling digemari iaitu 298,000 unit dengan A6 sebanyak 244,000 unit dan Q3 ditempat ketiga iaitu 215,000 unit.

Audi Q4 35 e-tron

Q4 e-tron model EV paling laris iaitu 108,000 unit dan Q6 e-tron yang dilancarkan pada suku ketiga 2024 merekodkan penghantaran sebanyak 15,000 unit.

Model berprestasi Audi Sport pula mencatatkan penyerahan sebanyak 41,000 unit dan menyusut 14 peratus.

Dari segi pasaran, penghantaran di Jerman jatuh sebanyak 21.3 peratus kepada 198,342 unit.

Audi RS 5 Sportback performance edition

Penghantaran di Amerika Utara menurun 13 peratus kepada 240,771 unit dan berkurangan 10.9 peratus kepada 649,434 unit di China.

Menurut Audi, penurunan berlaku disebabkan beberapa punca seperti ketidaktentuan ekonomi, cabaran rantai pembekalan dan persaingan sengit.

Untuk 2025, Audi akan memperkenalkan A7 dan Q3 selain pengembangan penawaran model hibrid plug-in yang popular sekarang ini.

Audi A6 Sedan
Audi A6 Avant e-tron
Audi Q4 35 e-tron
Audi Q5 SUV
Audi Q7 TFSI e quattro
Audi RS 3 Sportback
Audi RS 3 Sportback
Audi RS 5 Sportback performance edition
Audi RS 6 Avant GT
Audi RS Q3 Sportback edition 10 years
Audi RS e-tron GT performance
Audi RS Q8 performance
Audi RS Q8 performance
Audi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.