Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Audi, Rakan Kongsi Mula Projek Rintis Kitar Semula Cermin Kereta Rosak
Auto Terkini

Audi, Rakan Kongsi Mula Projek Rintis Kitar Semula Cermin Kereta Rosak

Abang HirataBy Abang Hirata02/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN elektrifikasi, industri automotif kini sedang bergerak menuju agenda lebih luas, iaitu kelestarian alam yang merangkumi skop lebih menyeluruh.

Antara stratergi digunakan ialah ekonomi kitaran (circular economy/CE) yang mana sesuatu bahan itu akan digunakan kembali sama ada melalui pembaikan, kitar semula dan sebagainya. Faedah yang boleh diperoleh pula adalah penurunan penggunaan sumber asal dan pengurangan tahap emisi berbanding pengeluaran baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cermin Kereta Boleh Berkabus Ketika Hujan?

Bayangkan, dalam pembuatan bateri kenderaan elektrik (EV), berapa banyak sumber dan galian perlu dilombong berbanding bateri sedia ada yang digunakan semula di kediaman atau sebagainya. Selain besi dan aluminium yang biasa dikitar semula, bahan apa lagi boleh diguna semula?

Audi dan rakan kerjasama, Reiling Glas Recycling, Saint-Gobain Glass dan Saint-Gobain Sekurit kini terlibat dalam projek rintis menggunakan semula cermin rosak pada kereta baharu. Bagaimana cermin rosak boleh digunakan semula?

Berikut perinciannya:

Langkah Pertama
  • Projek rintis kitar semula cermin kereta bermula dengan pengedar terpilih dari rangkaian Volkswagen Group.
  • Pelanggan dengan cermin kereta rosak perlu membuat janji temu di wakil pengedar untuk diperiksa sama ada boleh dibaiki atau diganti baharu.

  • Cermin rosak akan dihantar ke subsidiari Volkswagen Original Teile Logistic GmbH & Co KG yang turut menguruskan pelupusan komponen tidak perlu daripada bengkel Volkswagen AG.
  • Cermin kereta akan diasingkan untuk dikitar semula. Cermin rosak dihantar ke Reiling Glas Recycling.
  • Kemudian cermin dipecahkan kepada bentuk kecil untuk diproses. Sekadar makluman, kaca yang digunakan semula untuk botol minuman tidak memerlukan peraturan ketat seperti cermin kereta.
  • Dari situ, projek kerjasama bermula, dan syarikat yang mahu mengitar semula cermin rosak akan kembali kepada kualiti asal.
  • Reiling Glas Recycling mengasingkan bahan bukan kaca seperti lapisan plastik PVB (polyvinyl butyral), besi, wayar, jalur pemanasan, kabel antena dan sebagainya.
  • Proses pengasingan dibuat menggunakan magnet, pengasing logam tidak mengandungi besi (non-ferrous), unit ekstrak dan unit pengasing elektro-optikal.
Langkah Kedua
  • Saint-Gobain Glass memproses bahan tersebut kepada plat kaca di Herzogenrath, Jerman.
  • Butiran kaca terlebih dahulu dipisahkan mengikut jenis bagi mengesahkan sumber dan warna sebelum disimpan dalam bakul.

  • Kaca paling tulen dan seragam diperlukan untuk menghasilkan asas (base) kaca baharu.
  • Saint-Gobain Glass mencampurkan bahan kitar semula dengan bahan lain seperti pasir kuarza, sodium karbonat dan kapur yang menjadi komponen asas kaca.
  • Buat masa ini, pembahagian antara bahan kitar semula kepada bahan lain berbeza antara 30 dan 50 peratus.
  • Plat kaca diproses kepada bentuk segi empat tepat 3 x 6 meter setiap satu.
  • Saint-Gobain Sekurit kemudian menghasilkan cermin automotif melalui proses lanjut.
Langkah Ketiga

  • Ketiga-tiga syarikat bersetuju dengan proses tersebut pada peringkat awal untuk dijadikan ujian selama setahun supaya masing-masing dapat belajar tentang kualiti bahan, kestabilan dan kos.
  • Jika cermin boleh dikitar semula dengan kaedah ekonomikal dan ekologikal, cermin kereta daripada bahan sekunder akan digunakan dalam siri model elektrik Audi Q4 e-tron.

Dari sini dapat dilihat, pembuatan semula kaca lama kepada kaca baharu tidak menjadi masalah kerana sudahpun dipraktikkan dalam industri makanan dan pelbagai lagi. Cabaran lain, cermin rosak yang mahu dikitar semula untuk kereta perlu betul-betul selamat dan mematuhi standard industri dan pihak berkuasa.

BACA >>> Audi A6 Avant e-tron Concept Pamer Evolusi EV Gaya Wagon!
BACA >>> Audi RS Q e-Tron – Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar

Audi Auto Terkini Cermin Kereta Kitar Semula Kitar Semula Reiling Glas Recycling Saint-Gobain Glass Saint-Gobain Sekurit
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    JAS Tensei, Tafsiran Baharu NSX, Lampu Pop-Up, V6 N/A, Manual 6 Kelajuan!

    01/05/2026
    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.