• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Kenapa Cermin Kereta Boleh Berkabus Ketika Hujan?

#TahukahAnda: Kenapa Cermin Kereta Boleh Berkabus Ketika Hujan?

March 6, 2019 By AI Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA musim hujan, cermin kereta boleh berkabus. Secara normal, kabin kereta sangat sukar berkabus dan apabila itu berlaku, ia boleh mengehadkan penglihatan pemandu dan berbahaya untuk pemanduan. Jadi hal ini perlu diatasi segera dengan mengenal pasti punca yang berlaku.

Berikut beberapa maklumat yang perlu anda tahu tentang kenapa cermin kereta boleh berkabus ketika hujan, dan bagaimanakah cara mengelakkannya.

PUNCA BERLAKU KABUS?

Penyaman udara ialah antara komponen yang menyebabkan kabus pada cermin kereta. Kabin jadi lembab kerana ada banyak partikel air disebabkan kesan suhu sejuk daripada penyaman udara, dan inilah punca kenapa cermin kereta berkabus. Selain itu, pada ketika atau selepas hujan pagi, kelembapan udara di luar kabin ialah tinggi.

BACA >>> 5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang

Ini menyebabkan udara lebih mudah berubah jadi kabus dan melekat pada cermin kereta. Kabus dalam kabin terjadi kerana tahap kelembapan udara tinggi dan boleh juga berlaku disebabkan perbezaan suhu dalam dan luar kabin.  Suhu dalam kabin yang lebih panas berbanding suhu luar juga boleh menyebabkan cermin berkabus.

BAGAIMANA  KABUS TERBENTUK?

Proses terbentuk kabus disebut kondensasi (condensation) atau pemeluwapan. Apabila hujan, udara dalam kabin pada awalnya akan mengikuti udara luar yang berkelembapan tinggi. Bagaimanapun, disebabkan kita berada dalam kereta, hembusan nafas yang mengandungi banyak wap air akan bertembung dengan tekanan udara dalam kabin.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Penyaman Udara (A/C) Kereta yang Perlu Anda Tahu

Apabila wap air itu sudah tidak mampu ditampung tubuh atau udara kabin, ia secara automatik akan mencari tempat paling sejuk dan cermin kereta ialah tempat terdekat. Di sinilah berlaku pemeluwapan pada cermin kereta dan kadar kabus jadi lebih banyak apabila ada ramai penumpang dalam kereta.

BAGAIMANAKAH MENGELAK PEMELUWAPAN?

Bagi mengelak proses pemeluwapan,  pemilik kereta disarankan melakukan servis penyaman udara secara berkala, membersihkan penapis kabin setiap tiga bulan sekali, dan tidak lupa memeriksa tekanan bahan penyejuk (freon).

SUMBER: Suzuki.co.id

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cara guna lampu kabus belakang, pengelap cermin kereta, penyaman udara (AC), tahukah anda, Tip Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
    Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my